puspakom

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Puspakom Sdn. Bhd. menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini.

Pemeriksaan percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-Hicom ini bermula hari ini sehingga 9 September.

“Pemeriksaan menyeluruh yang akan dijalankan oleh kakitangan Puspakom yang bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, pemeriksaan bahagian atas kenderaan, ujian pengeluaran asap (untuk enjin petrol), ujian brek, ujian suspensi, ujian gelincir sisi, ujian meter laju dan ujian bawah kenderaan,” kata Puspakom dalam kenyataan hari ini.

Puspakom berkata, pemeriksaan percuma itu merupakan antara komitmen Puspakom kepada pelanggannya dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan mereka.

Puspakom juga akan menjalankan pemeriksaan identiti dan tayar terhadap motosikal yang hadir untuk pemeriksaan.

“Puspakom turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan menyertai kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di lokasi-lokasi tertentu,” kata kenyataan itu. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Responses to “Puspakom tawar pemeriksaan percuma sempena Aidilfitri”

  1. hamzah says:

    motor buruk diterime ke tak eyh?
    .-= hamzah´s last blog ..Romen Malam Merdeka =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @hamzah,
    motor ko ker?? basikal pun derang leh tlg service kan…
    tukar tiub ker, kasi lancarkan rantai basikal ker…
    try la bawa….muahaha

    [Reply]

  2. ReD says:

    bagus2… cmni la yg kita mahu.

    Rindu Nak Tengok Cerita Macam-Macam Aznil

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @ReD,
    hehehe….tapi tak tahu la..benar2 FREE ker, ada juga yg di charge..
    kene g try dulu baru tahu kebenaran nya…hehehe

    [Reply]

  3. kilaaa says:

    sekali hantar kete, ade je tak lepas.itu ini itu ini.ekekke

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @kilaaa,
    tu la pasal…kene la tanya sebelum servis…

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge