2010 September 03

Tol Percuma sempena Hari Raya Aidilfitri

On September 3, 2010, in Blog, Surat Khabar, by Sumijelly

tol

Diskaun perayaan

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Sebanyak 24 syarikat konsesi tampil menawarkan diskaun tol sehingga 40 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri dengan MTD Prime Sdn. Bhd. (MTD) memberi tol percuma kepada pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, laluan tol percuma oleh MTD itu diberi kepada para pengguna laluan berkenaan pada 7, 8, 15 dan 16 September ini mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi buat semua jenis kenderaan.

Katanya, 24 syarikat konsesi lain pula memberi diskaun tol pada 6 hingga 8 September serta 13 hingga 15 September bermula pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi, umumnya buat kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain.

Menurutnya, keadaan itu menandakan syarikat konsesi lebuh raya semakin rancak melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dan ia amat berbeza dengan tahun lalu yang menyaksikan hanya dua syarikat menawarkan diskaun tol.

“Langkah ini bagi penyuraian trafik kerana mereka (syarikat konsesi) percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu (malam), maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak di sini hari ini.

Pada musim perayaan ini, Shaziman turut meminta syarikat-syarikat konsesi supaya menyediakan kemudahan yang diperlukan para pengguna lebuh raya seperti perkhidmatan lori penunda.

“Saya juga berharap pengguna lebuh raya yang menghadapi sebarang masalah supaya menghubungi syarikat konsesi ini atau Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM),” katanya.

Dalam ucapannya, Shaziman meminta syarikat-syarikat konsesi supaya menghentikan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan di sepanjang lebuh raya masing-masing sempena musim perayaan ini.

“Langkah-langkah ini perlu diambil kerana aliran trafik dijangka mencapai 1.4 juta kenderaan sehari di lebuh raya sempena musim balik kampung nanti,” jelasnya.

Dapur gas ku yang baru

On September 3, 2010, in Blog, It's Me!!, Rumah, by Sumijelly

Yeah…yeah… dapat dapur baru

My IR belikan aku dapur baru…. hehehehe

Leh la masak rendang minggu depan… minggu depan dah nak raya… kiranya dapur raya aku la nie…hehehehe

dapur baru

Aku lebih suka pakai dapur gas ni dari yang guna table top…

Tapi sayang nya, dapur gas nie sangat ringgan, mudah tergelincirla kalu tertolak masa masak…

emm..nak wat cam ner dah my IR belikan…jadi guna jerla..

Dapur gas sebelum nie satu tungku jer le pakai..lagi satu dah rosak.. tp yg lama tu hadiah dari hari perkahwinan aku tu..hampir 6 tahun aku pakai

Punya lama aku guna…sangat berjasa dari tak tahu masak hinggala tahu memasak…hehehe

dapur baru

Ada yang table top nya dapur gas, tapi tak suka pakai

sebab aku tak pandai nak kawal api..selalu masak atas nie mesti ada yang hangus atau hangit…huhuhuhu

aku guna dapur ni untuk panas lauk dan jerang air jer..hehehe… jadinya ada 2 dapur memasak..

ceh… banyak benar dapur memasak, macam terror masak aku nie…hahahaha

Nota kaki : emmm…nak kene refresh balik resepi rendang nie… dah lupa la pulak..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...