Tol Percuma sempena Hari Raya Aidilfitri

Diskaun perayaan
syahrir.bakar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Sebanyak 24 syarikat konsesi tampil menawarkan diskaun tol sehingga 40 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri dengan MTD Prime Sdn. Bhd. (MTD) memberi tol percuma kepada pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, laluan tol percuma oleh MTD itu diberi kepada para pengguna laluan berkenaan pada 7, 8, 15 dan 16 September ini mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi buat semua jenis kenderaan.
Katanya, 24 syarikat konsesi lain pula memberi diskaun tol pada 6 hingga 8 September serta 13 hingga 15 September bermula pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi, umumnya buat kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain.
Menurutnya, keadaan itu menandakan syarikat konsesi lebuh raya semakin rancak melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dan ia amat berbeza dengan tahun lalu yang menyaksikan hanya dua syarikat menawarkan diskaun tol.
“Langkah ini bagi penyuraian trafik kerana mereka (syarikat konsesi) percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu (malam), maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya,” katanya.
Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak di sini hari ini.
Pada musim perayaan ini, Shaziman turut meminta syarikat-syarikat konsesi supaya menyediakan kemudahan yang diperlukan para pengguna lebuh raya seperti perkhidmatan lori penunda.
“Saya juga berharap pengguna lebuh raya yang menghadapi sebarang masalah supaya menghubungi syarikat konsesi ini atau Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM),” katanya.
Dalam ucapannya, Shaziman meminta syarikat-syarikat konsesi supaya menghentikan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan di sepanjang lebuh raya masing-masing sempena musim perayaan ini.
“Langkah-langkah ini perlu diambil kerana aliran trafik dijangka mencapai 1.4 juta kenderaan sehari di lebuh raya sempena musim balik kampung nanti,” jelasnya.
Article by Sumijelly, has written 2044 articles for Sumijelly.com
Pemilik blog 'Sumijelly.com'. Untuk maklumat lanjut sila usha sini. Jangan lupa follow sumijelly di twitter.
If you liked this post, you will definitely enjoy others too. Subscribe to the feed via RSS to get instantly updated for those awesome posts soon to come.












same je ade diskaun ke tak..
tiket bas tiap2 tahun naik… grr..
[Reply]
sumijelly Reply:
September 3rd, 2010 at 16:38
@hamzah,
hehehe….. bus pun nanti ada la diskaun..
[Reply]
tak best.
sebab saya balik 11hb..
tak termasuk daaa~
.-= NoorAfzan´s last blog ..Selingan – Hampeh- tidur gua terganggu! =-.
[Reply]
sumijelly Reply:
September 3rd, 2010 at 16:39
@NoorAfzan,
samala… sumi balik 9 hb..tak ada diskaun….huhuhuhu
[Reply]
ala, kasik ar diskaun minyak. naik motor balik kampung memang x kena tol…
.-= aidi-safuan´s last blog ..Shit Really Happens In Reality Haha =-.
[Reply]
sumijelly Reply:
September 4th, 2010 at 13:19
@aidi-safuan,
ko nie kan… kalu minyak mahal, ko blei jer minyak masak…hahaha
[Reply]
la tol percuma waktu malam je? appara..
[Reply]
sumijelly Reply:
September 5th, 2010 at 09:18
@ah moy,
biasalah…nak suh pemandu memandu memalam la tu,…..
sian supaya tak sesak..hehehe
[Reply]
[...] Tol Percuma sempena Hari Raya Aidilfitri [...]
Hello….
Apsal itu hari LPT tolak gak balance T&G? Free apenyer? Tak leh dpt refund balik ke?
[Reply]
sumijelly Reply:
September 12th, 2010 at 16:58
@Guna Smarttag,
boleh la rasanya… kemukakan jer transaksi tu..atau pun call jer terus PLUS….
[Reply]
opppss lupa nk bgtau.. Kluar tol Gambang lebih kurang pukul 5.30 pagi 8hb Sept 10.
[Reply]
sumijelly Reply:
September 12th, 2010 at 16:59
@Guna Smarttag,
hah…tu pun bukti gak tu…cepat2 pergi laporkan kat PLUS..nanti mereka akn refund balik duit tu…
[Reply]