2010 September 04

Buah-buahan sedap di makan

On September 4, 2010, in Blog, Makanan, Pejabat, by Sumijelly

Hari rabu lepas, jiran rumah aku bagila satu beg plastik buah-buahan

Dia baru balik dari kampung katanya… so since bulan ramadahan kita jarang berjumpa, ambik kesempatan hantar buah dan berborak sekali la…hehehe

buah

sian pulak aku tengok buah-buahan tu…

dah dekat 3 hari atas meja makan, tapi tak berusik.. bukan tak nak makan…maklum la bulan puasa, bila bebruka jer dah kenyang ngan lauk pauk..

buah pun terlupa.. nak makan sumer?? mana leh habis kan??

Jadi aku bawa la g tempat kerja..sedekah la sekali kat member pejabat… ada gak pahalanya kan??

buah

Ada 4 jenis buah dalam beg plastik tu… antaranya :

  • Duku
  • manggis
  • Rambutan
  • Sentul??

Erkk… 3 jenis buat tu biasala makan…. tapi jenis ke empat tu tak pernah jumpa dan makan

Aku tak makan la..sebab tak tahu mcam mana rasanya kan??

buah

Aku rasa ada nama lain kot selain SENTUL.. kenapa kene sebut sentul??

Ada ker yang pernah makan buah nie?? isi nya aku tak tahu macam mana rupanya… tak leh ambik gambarnya… kan puasa, sapa lak nak makan kalu aku kopek kang??

Betul ker namanya sentul?? Sapa tahu??

Nota kaki : Ghupanya banyak gak buah yang aku tak pernah dengar yek?? pelik-pelik gak namanya..hehehe

Bas percuma balik kampung

On September 4, 2010, in Blog, by Sumijelly

bas

KEBESARAN Ramadan bukan hanya cabaran menahan lapar dan dahaga. Malah, Ramadan memberi kesempatan pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Stesen radio Suria FM yang sudah beroperasi selama empat tahun turut menjalankan tanggungjawab sosial dengan meraikan anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Bagi mereka yang belum lagi membeli tiket bas balik ke kampung, Suria FM menganjurkan peraduan Jom Balik Raya yang memberikan tiket percuma.

“Sesiapa saja berpeluang mendapat tiket bas percuma ini. Syaratnya mudah iaitu hanya perlu mendaftar di laman sesawang, www.suriafm.com.my.

“Buat masa ini, tiket bas ke Johor Bahru sudah habis. Namun, tiket ke destinasi lain seperti Kota Bahru, Pulau Pinang dan Batu Pahat masih ada.

“Bagi mereka yang mendapat tiket percuma, kami juga memberikan duit raya sebanyak RM50. Sebenarnya, peraduan ini adalah kali ketiga dianjurkan.

“Nyata sambutan yang diterima daripada pendengar cukup menggalakkan. Konsep kami adalah siapa cepat, dia dapat,” katanya.

Menyemarakkan aktiviti yang berlangsung, Suria FM bekerjasama dengan Permanis (Tropicana Twister), mengadakan jualan Juzz Jambo di seluruh negara. Setiap satu jus buah-buahan ini djual pada harga RM2.

“Bagi pengunjung pusat membeli-belah Tesco yang membelanja RM50 ke atas, mereka boleh mendapatkan album, Ceria Raya yang memuatkan 10 lagu termasuk dua lagu baru nyanyian penyampai Suria FM sendiri.

“Untuk menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, kami juga mengagihkan bungkusan istimewa daripada Suria FM di empat lokasi plaza tol terpilih iaitu Jalan Duta, Sungai Rasau dan Sungai Besi serta MTD Gombak,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...