2010 September 05

Misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya

On September 5, 2010, in Blog, by Sumijelly

sosilawati

Tadi masa duk dengar Buletin Utama TV3, Berita utama mengenai kehilangan Datuk Sosilawati Liwaya pengasas Novelle Visages dan juga bekas isteri penyanyi Nash hilang bersama dengan peguam, pegawai bank dan pemandu

Tiada maklumat lanjut yang diperolehi sehingga berita ini di keluarkan..

Emmm..kemanakah agaknya perginya Datuk Sosilawati?? Dah la nak raya nie….

Nota kaki : Aku harap2 tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku kepada mereka semua……

Sedap di makan tapi tidak boleh selalu

On September 5, 2010, in Anak-anak, Blog, by Sumijelly

Apa benda la aku tulis tajuk..sedap di makan tapi tak boleh selalu?? hehehe

Mesti cuak jer korang nak baca…hahahaha

Ni ha..anak bujang aku yang kecik nie… sejak akhir2 nie, suka nau ngan buah pisang….

Sehari boleh 3 ulas pisang di bantai makan….bahaya tu… sehari sekali leh la…..

Korang tengokla gelagat dia kalu dapat makan pisang…hehehee

zulafadhli

zul

zulfadhli

Khasiat Pisang : Sebagai sumber tenaga
- Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

Pisang memang elok di makan, tapi kalu dah selalu makan pun bahaya kan?? tak pepasal kene kencing manis lak….

Jadi sekali sekala tak per…hehehehe… lagi pun aku beli pisang pun ikut mood gak… dah tak ada benda nak makan, pisang la jadi bahan makanan kami…hehehehe…

Nota kaki : Ada ker orang buat air buah pisang?? hehehe

Lalauan kecemasan dibuka sempena Aidilfitri

On September 5, 2010, in Blog, Orang awam, Surat Khabar, by Sumijelly

laluan kecemasan

SUBANG 4 Sept. – Laluan kecemasan di tujuh lokasi persimpangan dan hentian di Lebuh Raya Utara Selatan akan dibuka bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi melancarkan perjalanan pengguna.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, langkah itu bagi memastikan pengguna lebuh raya tidak menempuh kesesakan semasa pulang ke kampung dan kembali ke ibu kota.

“Lokasi terpilih itu dikenal pasti sebagai paling kerap berlaku kesesakan pada musim perayaan dan bagi mengatasi masalah tersebut kami membenarkan pengguna lebuh raya menggunakan laluan kecemasan pada tarikh yang telah ditetapkan supaya lebih sistematik.

“Kami percaya dengan pelaksanaan langkah ini, kadar kesesakan di lebuh raya akan dapat dikurangkan dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan pada musim perayaan ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena pemantauan trafik pada Aidilfitri di sini hari ini.

Pada 9 hingga 11 September ini, tiga lokasi laluan kecemasan akan dibuka iaitu di persimpangan antara Tapah dan Gopeng serta Hentian Sebelah Behrang dan Sungkai untuk ke utara manakala persimpangan Nilai dan Seremban untuk arah selatan.

Pada 12, 16 dan 19 September ini, laluan kecemasan boleh digunakan di antara Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Gopeng; Hentian Sebelah Gunung Tempurung dan Tapah serta persimpangan antara Bidor dan Hentian Sebelah Ladang Bikam bagi aliran trafik dari utara ke ibu kota.

Bagi laluan dari arah selatan ke ibu kota bagi tempoh yang sama akan dibuka di persimpangan antara Port Dickson dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

Nik Airina pula berkata, sepanjang tempoh perayaan ini, pihaknya akan menambah jumlah pasukan PLUS ronda kepada 130 pasukan dan akan memberi arahan supaya kekerapan rondaan ditingkatkan sebanyak 20 peratus bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya.

Mari ketawa dan makan angin

On September 5, 2010, in Blog, Peraduan, Surat Khabar, by Sumijelly

alamak

KETAWA dan makan angin. Itulah peluang yang ditawarkan kepada penonton musim kedua siri komedi Alamak.

Mereka yang bernasib baik mampu memenangi hadiah percutian ke Bali, Indonesia.

Siri itu dibintangi Zaid, Jeff, Pak Ya dan Badrol serta penampilan pelakon jemputan seperti Pian Cecupak, Azura Zainal, Mazin Siraj dan M Subash.

Program komedi terbitan Ritz Channel itu ke udara sebanyak 26 episod termasuk dua episod khas hari raya yang dibuat bersama Datuk Aziz Sattar dan model jelita dari Pulau Pinang.

Antara sketsa terbaru ialah Restoran Mamak. Badrol mahu memakan telur. Selepas pekerja membawa telur mata kerbau, dia menolak dan meminta telur lain.

Kemudian pekerja itu membawa telur dadar namun Badrol masih enggan memakannya. Perkara itu menimbulkan kemarahan dan akhirnya dia membawa telur yang membuat si Badrol sendiri terperanjat! Segmen Tamil, Interview Bollywoooood menemukan pengacaranya, PK Raj dan si gemuk buta, Shree. Mereka mengendalikan temuramah mengenai isu semasa yang mencuit hati. Tidak ketinggalan gelagat Doktor 80-an yang menampilkan Doktor Sewel, Dr Monti dan Dr Logi. Kali ini, sambil membaca carta klinik, mereka memberi laporan mengenai status pembedahan yang bakal dihadapi oleh Zaid. Dalam kisah hantu berusia 200 tahun yang menetap di istana berpuaka, Drakula semakin mengganas. Dari episod pertama sampailah sekarang, dia tidak berjaya menghisap darah mangsanya. Kali ini, dia makin bersemangat. Berjayakah Drakula? Artis jemputan, Mazin Siraj dari Sehati Berdansa akan turut muncul di kedai jual keretanya. Aziz Sattar pula membuat penampilan bersama tiga pelajarnya dalam ‘tribute’ kepada filem Pendekar Bujang Lapok.

Pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbitnya, Zaid Zahari memberitahu dia melihat program komedi berkenaan mampu ditayangkan di layar perak berdasarkan sambutan menggalakkan daripada penonton.

“Saya bersyukur kerana sokongan kuat yang diberikan kepada penonton menjadikannya antara program komedi popular tanah air. “Penonton juga sudah menerima dan memahami lawak yang disampaikan oleh barisan pelakon yang terbabit secara tidak langsung ini sebagai penanda aras buat pihak penerbitan untuk menghasilkan karya yang bermutu pada masa depan,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan komen mengenai setiap rancangan sila layari laman web www.alamaktv.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...