2010 September 07

Polis jumpa kereta Sosilawati

On September 7, 2010, in Blog, Orang awam, Surat Khabar, by Sumijelly

datuk sosilawati

Hati saya kuat mengatakan ibu masih berada di dalam negara. Semoga dia selamat,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak sulung pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Care Sdn Bhd (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya, berhubung kehilangan ibunya sejak lapan hari lalu.<

Ditanya berhubung motif kehilangan ibunya, dia bagaimanapun sukar mengenal pasti sama ada ia bermotif jenayah atau sebaliknya, namun percaya ibunya mungkin berhadapan ‘detik sukar’.

Difahamkan pasport milik Sosilawati, 47, ditemui berada di rumahnya manakala mangsa tidak membawa sebarang pakaian seperti kebiasaannya jika dia mempunyai tugasan di luar negara.

Pada masa sama, Erni turut kesal berikutan laporan akhbar Kosmo yang mendakwa ibunya membawa RM4 juta sedangkan maklumat terbabit dianggap kabur dan tidak tepat.

“Saya tidak pasti dari mana maklumat itu diperoleh, namun pendedahan berita terbabit boleh memburukkan keadaan dan keselamatan emak.

JUMPA...kereta Sosilawati yang ditemui di luar Pangsapuri Angsana di USJ1, Subang Jaya, malam tadi.

JUMPA…kereta Sosilawati yang ditemui di luar Pangsapuri Angsana di USJ1, Subang Jaya, malam tadi.

Fakta :

  • Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Isnin minggu lalu.
  • Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari. Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank.

Nota kaki : Harap-harap polis berjaya menemui Datuk Sosilawati dalam keadaan yang selamat. Semoga kelurga beliau tabah menghadapi dugaan ini…

Entry post yang popular pada 06092010

On September 7, 2010, in Blog, by Sumijelly

Semalam jer ramai yang masuk blog aku cari cerita Datuk Sosilawati

Sejak khabar kisah dia hilang, ramai orang risaukan dia..

erk…risau ker ?? maklum la.. kaya, lawa, anak dara pun ramai yang lom kawen..mana tahu leh wat calon menantu…hehehehe

Title Views
Misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya 510 More stats
Iklan Raya Petronas 2010 437 More stats
Home page 125 More stats
Tol Percuma sempena Hari Raya Aidilfitri 69 More stats
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H 59 More stats
Restoran Saba’ @ Cyberjaya 23 More stats
Kemalangan yang meragut 6 sekeluarga 22 More stats
Dah tukar duit Raya?? 21 More stats
Ayam Penyet AP @ Shah Alam 21 More stats
Peraduan “Sampaikan Jer 2010? 17 More stats

Aku harap Misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya akan terjawab dengan secepat mungkin..

RM4Juta ada bersama dia tau…perghhh….. RM2K  pun aku kene kerja 2 kali ganda baru dapat tu…huhuhuhu

Dan semalam jugak la Blog aku pecah rekod kerana terlalu ramai pengunjung ‘sibuk‘  mencari Datuk Sosilawati.

060910

Nota kaki : Mood…raya..mood raya…hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...