
“Hati saya kuat mengatakan ibu masih berada di dalam negara. Semoga dia selamat,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak sulung pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Care Sdn Bhd (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya, berhubung kehilangan ibunya sejak lapan hari lalu.<
Ditanya berhubung motif kehilangan ibunya, dia bagaimanapun sukar mengenal pasti sama ada ia bermotif jenayah atau sebaliknya, namun percaya ibunya mungkin berhadapan ‘detik sukar’.
Difahamkan pasport milik Sosilawati, 47, ditemui berada di rumahnya manakala mangsa tidak membawa sebarang pakaian seperti kebiasaannya jika dia mempunyai tugasan di luar negara.
Pada masa sama, Erni turut kesal berikutan laporan akhbar Kosmo yang mendakwa ibunya membawa RM4 juta sedangkan maklumat terbabit dianggap kabur dan tidak tepat.
“Saya tidak pasti dari mana maklumat itu diperoleh, namun pendedahan berita terbabit boleh memburukkan keadaan dan keselamatan emak.
JUMPA…kereta Sosilawati yang ditemui di luar Pangsapuri Angsana di USJ1, Subang Jaya, malam tadi.
Fakta :
- Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Isnin minggu lalu.
- Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari. Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank.
Nota kaki : Harap-harap polis berjaya menemui Datuk Sosilawati dalam keadaan yang selamat. Semoga kelurga beliau tabah menghadapi dugaan ini…
Article by Sumijelly, has written 1948 articles for Sumijelly.com
Pemilik blog 'Sumijelly.com'. Untuk maklumat lanjut sila usha sini. Jangan lupa follow sumijelly di twitter.
If you liked this post, you will definitely enjoy others too. Subscribe to the feed via RSS to get instantly updated for those awesome posts soon to come.









dear sumi, Selamat Hari Raya!
.-= LittleMama´s last blog ..Ucapan Selamat Hari Raya Untuk Semua =-.
[Reply]
sumijelly Reply:
September 7th, 2010 at 15:39
@LittleMama,
Tahnks kak…
selamat hari raya yek..
[Reply]
Azuan Reply:
September 13th, 2010 at 01:27
@LittleMama,
.-= Azuan´s last blog ..Datuk Sosilawati Lawiya Hilang Mati Dibunuh =-.
[Reply]
selamat hari raya kak sumi…maaf zahir batin ya..muahhhss!
[Reply]
sumijelly Reply:
September 7th, 2010 at 21:21
@Kancilbiru,
wei..apo ni..ucap selamat hari raya kek sini…
tunggu la entry esok… baru leh wish…hahahaha
[Reply]
ye ye.. slamat hari raya.. hoho..
.-= hamzahian´s last blog ..hamzah dan mak beliau =-.
[Reply]
sumijelly Reply:
September 7th, 2010 at 21:22
@hamzahian,
oh tidak…budak rambut mcm bulu ketiak wish selamat hari raya kat kak sumi.
larik….hahahahaha
[Reply]
kesian kat anak2 dia….
[Reply]
sumijelly Reply:
September 8th, 2010 at 12:00
@eelobor,
tu la…dah la nak raya nie…. muda-mudahan di jumpai segera…
[Reply]
Tolong lah sebarkan berita ini…
http://denaihati.com/suspek-pembunuh-sosilawati-juga-pangarah-syarikat-penipu-pon-72-sdn-bhd
Salah seorang dari peguam yang bergelar Datuk adalah merupakan salah seorang dari Pengarah Syarikat yang telah berjaya menipu orang ramai iaitu Syarikat Pon72..Salah satu syarikat yang menipu duit ramai orang. Syarikat Pon 72 ini juga meniru hakcipta sebuah syarikat lain iaitu Visiber Sdn Bhd. Perkara ini telah terbukti!!!
[Reply]
sumijelly Reply:
September 30th, 2010 at 15:04
@Jamilah,
k… noted….
[Reply]