2010 September 08

Berakhirnya Sampaikan Jer 2010

On September 8, 2010, in Blog, Peraduan, by Sumijelly

peraduan

Terima kasih pada yang sudi menyertai peraduan yang aku anjurkan yang akan tamap pada pukul 11.59 tengah malam ini…..

Jadi kepada para peserta, nantikan keputusan nya selepas 2 minggu dari tarikh nie.,… insya allah, kalu aku sempat nilai cepat..keputusan akan keluar secepat mungkin yek…

Pada yang ingin menghantar ENTRY PERADUAN, masih ada peluang sehingga pukul 11.29 tengah malam ini. Link mungkin tidak kelihatan, mungkin dalam moderation. Tapi akan di apporve kemudian.

Tapi akan di kira juga jika hantar sebelum waktu yang ditetapkan  dan akan di paparkan kemudian… jangan risau yek…

Apa-apa pun..terima kasih lagi sekali kepada yang sudi menyertai…

Kepada para juri, raya-raya jugak…tolong – tolong yek nilaikan sekali….hehehehe

Nota kaki : Selamat hari raya Adidilfitri dan hati-hati apa bila pulang ke kampung halaman…

Salam Aidifitri dari sumijelly.com

On September 8, 2010, in Blog, hari raya, It's Me!!, by Sumijelly

salam aidilfitri

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.

Semoga di hari raya ini semua akan bergembira setelah sebulan berpuasa. Harap-harap andai panjang umur, kita berjumpa lagi di lebaran akan datang.

Salam Aidilfitri dari Sumijelly.com

Kad raya dari anaknda tercinta

On September 8, 2010, in Anak-anak, Blog, Sekolah, Tadika, by Sumijelly

Wah…. lagi 1 hari jer RAYA bakal menjelang…

persiapan korang dah siap lom?? ewah…. aku duk tanya-tanya orang…. aku punya pun tak habis beli..hahaha

Kasut tak beli lagi, baju jalan tak beli lagi…sudahnya.. pakai jerla yang lama… duit pun dah habis…hahahaha

Oh ya… sebetulnya aku dapat kad raya dari anak aku, Danial. Ni kad raya yang dia buat masa kat sekolah.

Kan last week minggu terakhir persekolahan, jadi ustazah dia suh bikin kad raya la…

kad raya

kad raya

Alahai….masa aku jemput dia kat TASKA, cepat-cepat kuarkan kad nie nak bagi aku baca…

Tu tulisan dia sendiri tu… tapi mungkin mas amenulis ustazah dia yang ajar la…

Aku dah ada kad raya.. korang hado ker??hehehehe

Seronok pulak bila satu persatu Danial bagi aku kad. Memula kad Hari Ibu, kali ni Kad Raya… terharu la pulak.

Tahun depan dah darjah 1.. alahai….cepat sungguh dikau membesar anak ku.

Oh ya… Danial berjaya berpuasa PENUH selama 8 hari. Insya allah, hari ini aku akan cuba pastikan dia puasa penuh lagi..

Tak puasa penuh, tak boleh raya! (ajuk cakap upin ipin tu…hehehehe)

Nota kaki : mood raya…mood raya…. bila dah raya, mood apa lak yek?? hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...