Permohonan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu Dan Tingkatan Empat di SBP Bagi Tahun 2011

Mesti ramai ibu bapa yang anak nya menduduki UPSR sedang mencari Sekolah Berasrama penuh untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2011.

Tak terkecuali akak aku jugak… sibuk duk tepon-tepon aku suh isi borang bagai.. anak dia yang nak masuk asrama, aku lak kene isi…hahahaha

Tak per.. aku kan baik hati, mesti la bantu seorang kakak kan…tapi malangnya tak leh gak isi, sebab tak lengkap butir peribadi pelajar..hehehehe…

Korang leh g Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

kementerian pelajaran

Kemudian sila cari e-Perkhidmatan (aplikasi atas talian)

Sila la pilih sama ada untuk Tingkatan 1 @ Tingkatan 4…..

kementerian pelajaran

Kemuadian, bila klik aplikasi tu, akan direct ke Permohonan Atas talian, Jadi aku mesti la pilih untuk Tingkatan 1 kan.

Dia akan ke link Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh

kementerian pelajaran

Kat situ korang leh la isi segala butir peribadi pelajar yek…

tak kan tu pun aku nak citer kot…. agak2 la kan..hehehehe

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2010

Jadi masih ada masa lagi, tapi jangan lambat-lambat nanti susah pula nak dapat tempat. Rasanya permohonan ini tidak memerlukan keputusan percubaan UPSR pun..

Hanya untuk rekod permohonan rasanya…. cuba la, mana tahu ada rezeki anak masuk Asrama Penuh.

Nota kaki : Aku pun belajar-belajar gak mengisi borang, lagi 6 tahun anak aku pula kan?? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

Leave a Reply