Mengetahui Kanser Pangkal Rahim

Kanser pangkal rahim atau serviks adalah sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita.

Serviks dirujuk kepada apa sahaja struktur yang berbentuk seperti leher. Serviks uteri membawa maksud leher uterus. Ia merupakan sebahagian dari rahim yang membuka ke arah faraj. Pangkal rahim dialas oleh dua jenis sel.

Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim dan jenis yang kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-dua jenis sel ini terdapat satu persimpangan yang dikenali sebagai zon transformasi atau zon pertukaran. Di kawasan inilah sampel untuk ujian PAP smear diambil kerana di sinilah biasanya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra kanser dan terjadinya kanser.

Kanser serviks boleh dikategorikan kepada empat peringkat, yang pada asasnya digunakan untuk menentukan jenis rawatan dan prognosis, adalah seperti berikut :

Peringkat 0
“Karsinoma in-situ” atau kanser peringkat awal yang ditemui di lapisan pertama pengalas sel serviks. Ia tidak lagi menembusi tisu-tisu serviks yang lain

Peringkat I
Sel-sel malignan yang tertumpu hanya kepada pangkal rahim dan belum lagi merebak

Peringkat II
Sel-sel kanser telah merebak dan melampaui pangkal rahim, melibatkan 1/3 dari bahagian atas faraj.

Peringkat III
Sel-sel kanser telah merebak ke bahagain pelvis dan 1/3 dari bahagian bawah faraj.

Peringkat IV
Telah merebak ke dubur, pundi kencing dan juga bahagian-bahagian lain dalam badan

Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua yang paling biasa menyerang wanita di dunia, di mana 80% daripada kes-kes ini berlaku di negara-negara sedang membangun

Faktor risiko yang berkaitan dengan pertumbuhan sel kanser adalah seperti berikut :

  • Memiliki banyak pasangan seks
  • Memulakan hubungan seks pada usia muda
  • Tidak menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks
  • Anda atau pasangan anda memdapat jangkitan ketuat alat kelamin (Genital Wart)
  • Pernah dijangkiti virus papiloma manusia, terutamanya daripada jenis 16818
  • Merokok
  • Latar belakang sosioekonomi yang rendah

Gejala atau simptom bagi kanser pangkal rahim termasuklah :

  • Lelehan faraj yang tidak normal
  • Pendarahan dari faraj yang tidak normal – diantara waktu haid ,selepas melakukan hubungan seks, kesakitan semasa haid dan juga selepas putus haid.
  • Sakit belakang
  • Hilang selera makan dan berat badan menurun.
  • Mengalami masalah membuang air kecil dan air besar
  • Sakit di bahagian pelvis – biasanya merupakan gejala yang lewat.

Ujian – Ujian
Berikut adalah beberapa kaedah yang dilakukan untuk mendiagnos kanser pangkal rahim:

  • Mengambil rekod kesihatan pesakit. Doktor akan bertanya tentang sejarah latarbelakang peribadi dan keluarga yang relevan khususnya yang ada kaitan dengan faktor-faktor risiko yang diketahui boleh menyebabkan kanser.
  • Pemeriksaan fizikal. Doktor akan menjalankan pemeriksaan luaran dan juga dalam faraj dan pangkal rahim.
  • “PAP smear”. Ini merupakan satu ujian saringan untuk kanser pangkal rahim

Pencegahan
Apa sahaja yang dapat meningkatkan risiko kanser serviks dipanggil faktor risiko. Pencegahan boleh dijalankan dengan mengubahsuai faktor risiko. Kebanyakkan faktor-faktor risiko ini boleh diubahsuai walaupun bukan semuanya boleh dielakkan.

  • Amalkan cara hidup yang lebih sihat
  • Berhenti merokok
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Amalkan hubungan seks yang sihat
  • Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang tidak normal.
  • Jalanilah ujian saringan secara kerap
  • Ujian saringan untuk kanser pangkal rahim, merangkumi pemeriksaan pelvis dan juga ujian PAP smear yang membolehkan kanser dikesan di peringkat awal. Rawatan boleh diberikan sebelum pertumbuhan kanser tersebut. Ini telah terbukti dapat mengurangkan perebakan kanser sebanyak 90 %.

Langkah pencegahan yang terbaik adalah dengan menjalani ujian PAP Smear secara berkala.

Begitulah serba sedikit penerangan mengenai Kanser Pangkal Rahim yang aku pergi pada bulan Oktober yang lalu. Baru berkesempatan aku nak update hari nie…hehehe

POCC

Menghadiri Event Fight Cervical Cancer in Style with Your BFF anjuran POCC

POCC

Oh…gambar aku di lukis oleh Pelukis Kartun…aku lupa nama dia.. Kunyit kot…hehehe

POCC

POCC

Mendaftar diri di www.pocc.com.my/pledge

POCC

Ohw..bersamaa my BFF yang menemani ku hari itu , Cik Helena

POCC

Bersama Klubkidd

POCC

Bersama Rina Omar

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kanser Pangkal Rahim ini, korang leh rujuk ke Laman Web POCC dan jadilah sebahagian yang mengetahui nya lebih awal..

Ohw..korang leh refer artikel ini mengenai event yang aku pergi di :

Oh ada pesanan dari POCC sebelum aku tamatkan entry ini

Another important thing for the Power Over Cervical Cancer campaign this year is also our aim to make an entry in the Malaysia Book of Records for the most number of photo pledges collected!

All you have to do is visit: www.pocc.com.my/pledge and submit a photo/take a webcam shot of yourself!

All photos collected will be displayed in our grand finale event at Zouk early 2011.

Jom sertainya……

Nota kaki : Sorry…..terlupa lak nak citer pasal event nie…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

35 comments

  1. Ju Ann says:

    Hey Sumijelly!

    Ju Ann here from Oasis! πŸ™‚

    <3 the blog post. Bisa saya mengambil belog post ini dan post di http://www.pocc.com.my/blog?

    oh dan saya belum menerima balasan anda tentang adakah anda ingin menjadi duta besar.

    sila beritahu saya, ya? anda ada e-mel saya, kan? πŸ™‚

    Ju Ann

  2. siti says:

    assalamualaikum
    hai saya ingin membuat 1 pertanyaan sy mengalami sakit di bahagian ari2 spt sakit kiter menahan hendak kencing… aper tandernyer yer adakah itu tanda2 sy dijangkiti birus kanser serviks tu…

  3. shahril says:

    salam.. sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

  4. misu says:

    saya ad sorang kawan umur dia baru 18…dia cerita kat saya yang dia sering mengeluarkan ledih ada sedikit selaput darah…saya search untuk dia tentang kanser pangkal rahim..tapi dia takut untuk membuat pemeriksaan pap smear kerana tkut dia dijangkiti penyakit uh,,dia juga takut keluarga dia tahu…sumijelly ada pendapat tak untuk bantu kawan saya??

Leave a Reply to ciklinn Cancel reply