Trimester pertamaku

On January 13, 2011, in Blog, by Sumijelly

Trimester pertama
- adalah di antara awal-awal kehamilan hingga berakhirnya bulan ke 3 kehamilan. (0 minggu – 15 minggu)

trimister pertama

Gambar di petik dari http://gusriharso.blogspot.com

Secara perubatan, kehamilan ditakrifkan sebagai permulaan apabila embryo yang berkembang melekat pada lapisan endometrial pada dinding uterus wanita.  Dalam sesetengah kes bilamana kerumitan timbul, telur yang disenyawakan mungkin melekat pada tiub falopian atau pada pangkal rahim, menyebabkan kehamilan estopik. Kebanyakan wanita mengandung tidak mempunyai sebarang tanda atau simptom (embrio) lekat, sungguhpun adalah biasa bagi mengalami sedikit pendarahan semasa (embrio) melekat. Sesetengan wanita mengalami kekejangan semasa trimester pertama. Ini biasanya tidak membimbangkan kecuali turut berlaku (spotting) pendarahan. Bahagian luar embrio membesar dan membentuk placenta, bertujuan menerima zat melalui dinding uterine, atau endometrium. Tali pusat pada bayi baru lahir terdiri daripada sisa sambungan kepada placenta. Bayi yang membesar melalui pembesaran cepat dan pertukaran semsas proses pembentukan fetal.

Muntah pagi dialami sekitar tujuh puluh peratus kesemua wanita mengandung, biasanya hanya pada trimester pertama. Kebanyakan keguguran berlaku pada tempoh ini.

- Di petik dari Malaysia Wikipedia

Ohw….. gambar scan perut tu bukan gambar aku yek.…. aku punya ada, tapi lupa pulak nak mintak salinan satu kat Doctor tempoh hari… tak per, nanti aku try snap gambar tu balik masa jumpa doktor nanti…hehehe

Tapi macam tu la lebih kurang gambar yang aku tengok masa aku scan perut kat klinik. Alahai…. masih belum kelihatan apa-apa lagi……. cuma nampak macam seketul janin yang sedang membesar dalam perut…

Sekarang tahap simptom aku sangat teruk di mana, segala makanan yang sedap2 di mata ku, sumer nampak sangat memualkan. Sedangkan ayam KFC yang menjadi kegemaran aku pun aku tak leh nak makan. Makan lah aku roti nan tandoori yang di bakar jer…. **sabar..sabar, tunggu la pas trimester pertama nanti..hehehe**

Jadi sepanjang bulan Disember 2010 hari tu mana banyak sangat aku update blog, sebab nak ngadap komputer pun dah pusing-pusing……. rasa cam pening jer kepala. Dan yang mampu aku buat hanya lah, baring-baring di atas tilam yang empuk…kehkehkeh…

Selalunya Trimester pertama la yang perlu di jaga oleh para ibu. Kurangkan makan berminyak, lebihkan air, sentiasa bersedia makanan tambahan di sisi seperti biskut atau roti. Banyak kan rehat serta kurangkan aktiviti lasak.

Trimester pertama adalah di antara awal-awal kehamilan hingga berakhirnya bulan ke 3 kehamilan kalu di kira minggu antara 0 minggu hingga 15 minggu pertama. Untuk ibu yang pertama kali mengandung selalu nya di tekankan supaya tidak terlalu aktif kerana ketahanan kandungan pada setiap orang amat berbeza. Masa inila rahim kita di uji untuk menampung kandungan janin.

Okla.. aku rasa tu jer kot tips yang aku nak share, nanti kalu ada lagi aku share la lagi…. ker korang tak moh aku citer banyak pasal kehamilan ni. hehehehe mana tahu korang tak suka…kehkehkeh

Nota kaki : Perghh….sedapnya dapat makan ikan singang…. nyum…nyum…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Responses to “Trimester pertamaku”

  1. ummiarissa says:

    trimester pertamaku hanyalah berbaring dan sekali sekala..uwekk!uwekk!..maaf jika anda sedang makan ketika ini..
    ummiarissa´s last blog post ..Menang duit

  2. Khairi says:

    Sekarang ni sumie pusing2 kepala, masuk trimester ke dua cik abang plak la pusing2 cari benda sumie mengidam ehehe.

    Yang ketiga ek sumi?
    Khairi´s last blog post ..Apakah tak buleh perempuan letak gambar muka sendiri dalam blog

    • sumijelly says:

      @Khairi,
      hehehehe…….biasalah…..cover balik makanan yg terlepas…….

      adoi… takkan la tak nampak anak bujang sumi kat header tu..?? kan dh tiga org… jadi ni ke empat ler….huhuhuhu

  3. lydzar says:

    psstt pssttt sumi, ini kehamilan dirancang atau tak terancang..hehehe jgn marah dgn soklan ni :D
    lydzar´s last blog post ..PTPTN – Pembiayaan Ujrah 1

  4. watie says:

    alololo…coklat forero rocher pon tak leh lah yer…hehehe
    watie´s last blog post ..Betul keAge is just a numbers

  5. MuJE says:

    trimester saya yang pertama, saya dok guling2 jer sampai la keluar
    MuJE´s last blog post ..Download Album Gambar di Facebook

  6. ieda says:

    trimester pertama adalah 12 minggu ke bawah…masa ni penting sb ia adalah masa proses pembentukan organ & anggota badan janin.
    ieda´s last blog post ..ALL BY MYSELF

  7. akuzle ayu says:

    welcome to the club laaa weh… akak, awak n lydzar…. anak2 kita neh nnti skola thn yg sama, insyaallah!! doa2 semoga sihat2 semuanya kan?….hehehheeh…

    p/s: thn ini akan dipenuhi ngan entri2 muka newly born lah….hehehehe
    akuzle ayu´s last blog post ..ALHAMDULILLAH! BERTUAH DI GT MAX LUCKY DRAW

  8. bee says:

    siyookk nyer..hikss
    bee´s last blog post ..Follower 444- macam cerita seramzasss!

  9. farah says:

    taniah akak sumi yg subur….:P… no 4 dah ye..??
    farah´s last blog post ..Kj Over Time

  10. tukang komen says:

    Salam Cik SumiJelly,

    Tahniah untuk kehamilan ini. Semoga semuanya berjalan lancar. Dah pikir nama baby belom? Hehehe.

    Saya berminat nak tambah sikit pasal trimester.

    baca sampai habis:

    http://aderberani.blogspot.com/2011/01/komen-kepada-trimester-pertamaku.html
    tukang komen´s last blog post ..Komen kepada- Trimester pertamaku

Leave a Reply

CommentLuv badge



%d bloggers like this: