2011 January

Fasha telah patahkan hati Jejai

On January 25, 2011, in Blog, Media Hiburan, Surat Khabar, by Sumijelly

fasha putus cinta

hik3…. hot story tul Harian Metro pagi nie… muka depan lagi ko…

Punya la lama bercinta.. (eh! bercinta ker?? rasa macam Fasha jer yang bercinta, Jejai tak macam bercinta pun….) akhirnya kecundang jugak kisah cinta nya…

Emmm…… adakah kerana kontroversi dia berbikini di Bali Jejai langsung tawar hati padanya?? eeemmmmmmmmmmm……………………… hanya mereka sendiri yang tahu.

Tak per, kepada peminat Gasha Sandha, dalam kesedihan nya, FS sempat lagi melancarkan Kelab Peminat Fasha Sandha di FBnya..

Kad Keahlian Kelab Peminat Fasha Sandha

Yuran : RM 50 (untuk setahun)

Kelebihan ahli yang mempunyai kad ini :

  1. Setiap pendaftaran akan diberikan SATU barangan RASMI Fasha Sandha
  2. 10% diskaun akan diberikan jika digunakan di Chinta Hair Saloon & Beauty
  3. 10% diskaun untuk setiap pembelian produk kecantikan di Chinta Hair Saloon & beauty dan semua barangan RASMI Fasha Sandha
  4. 10% diskaun untuk menyertai kursus kecantikan di Chinta Hair Saloon & Beauty
  5. JEMPUTAN VIP untuk setiap acara kelolaan Fasha Sandha
  6. Istimewa Hadiah Hari Lahir dari Fasha Sandha untuk pemegang kad keahlian ini.
  7. Semua ahli yang memiliki telefon pintar “Blackberry” akan diberikan kemasukan khas ke ” We Love Fasha Sandha Blackberry Group”.

Berminat?

Sila hantar butiran peribadi anda ke email : welovefashasandha@gmail.com

Selepas pendaftaran dan bayaran, korang bakal mendapat Kad Peminat FS yg tertempek muka FS…sebaik muka dia jer, kot ada muka Jejai sekali, tak pepasal kene buat kad baru…hik3

kad peminat FS

Ha.. apa lagi, g la apply… mana tahu pas nie FS ada BF baru, ada acara sambut hari jadi ker,  g bali lagi ker… korang adalah orang pertama yang mendapat berita sensasi dr FS…hehehe

Nota kaki : Tak perla FS,  ilang satu, beribu mari kan?? hehehe

Pencarian untuk seminggu di sumijelly.com

On January 24, 2011, in Blog, Statistik, by Sumijelly

Poyos jer bunyi… pencarian… hahaha.. leh la kot ayat tu…

Selama seminggu ramai gak yang mencari kata kunci yang hangat di blog aku nie.. ewah… mcm la banyak sgt infonyer…

Di sini aku sertakan 10 tertingg pencarian di blog aku..

keyword

ohw… rupanya masih lagi pembaca mencari maklumat mengenai Pekeliling Cuti Bersalin 90 hari tu.. nak baca? Sila rujuk —–> Cuti Bersalin 90hari sudah dikuatkuasakan

Nak cari Restoran Saba kat Cyberjaya kat mana? Sila rujuk —–> Restoran Saba’ @ Cyberjaya

Korang nak lirik lagu Kalau berpacaran ? Sila rujuk —–> [LIRIK] Kalau Berpacaran

Pergh……. nak baca gossip Mak Merah yek?? haa…… meh baca —–>> Kenapa dgn Redmummy berlagak??

Tapi heran aku, kenapakah Beautifulnara pun korang cari sini?? aku tak buat pun entry pasal dia… tak per, tak per, nak baca segala gossip artis?? korang leh jer baca kat Beautifulnara terus…hehehehe

Kekadang ‘keyword‘ ini la yang membantu kita mendapat pelawat secara tak sengaja… mungkin mereka mencari sebagai rujukan atau ingin mencari gossip di sebalik tajuk yang sensasi

Jadi sebagai pemilik blog yang ingin sentiasa pelawat datang berkunjung, maka dengan “keyword” yang menarik la dapat menarik pembaca masuk ke blog korang…….

Jadi rerajin la guna “keyword” yang sentiasa di cari oleh pembaca…….

Nota kaki : Korang dah dengar ker suara kak Red ke udara di Hot FM pagi tadi…hikhikhik… rugi arr tak dengar…

Hari minggu selalunya hari tuk beristirehat…. tetiba pepagi aku baca status Kak Red, terkedu, terkesima sekejap….

facebook

Aiyok….. kisah pasal LHDN la…. hik3.. (pinjam jap status Kak Red yek!)

Aku rasa mesti surat khabar Berita Harian hari ni laku giler, sebab ramai blogger g cari tuk baca termasuk diri aku…hak3…

Facebook

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Minggu hari ini.

Muka depan yek…. dan dalamnya 2 pages full cover pasal Kak Red tau…muka Nicholas Chay dari Nuffnang pun ado gak… perghhh………. citer @ muka masuk paper ada derang bayar tak?? hik3… leh claim tu, sebab nanti nak cover bayar tax kat LHDN…. (gurau-gurau jer yek…hik3)

manakala dalaam Facebook Jabatan Peneragan Malaysia lak, kuar gak status pasal blog/forum  perlu bayar cukai.

facebook

dan mereka siap tuliskan terperinci Akta Cukai Pendapatan 1968, di bawah seksyen7… ha… tak paham??

Korang baca la sendiri, aku dah tempek gambar ni…

facebook

Alahai… aku income setahun pun tak cecah RM1,000 ko… adakah perlu untuk men’declare’ ke LHDN?? emmm….. nanti, nak kene semak dulu. Bertindak sebelum terlambat…

Ha.. kepada sumer blog-blog yang mendapat pendapatan, sila lah bersedia mana tahu pas ni dapat emel @ panggilan dari Pegawai LHDN lak.. tapi AWAS, mana tahu pulak bila dalam keadaan macam ramai pulak Pegawai LHDB Palsu wujud untuk mengambil kesempatan.

Berhati-hati yek, siasat dulu andai ia adalah Pegawai LHDN tulen @ palsu… jangan sebab takut di saman atau apa, kita mengiyakan segala butir mereka…

Nota kaki : Emm…..mesti ramai duk congak2 pendapatan setahun berblog…hik3

Hari ni adalah hari paling sibuk bagiku!

On January 22, 2011, in Blog, by Sumijelly

danial sekolah

ishk…… kemain hensem anak aku….. hehehe….. ni adalah gambar pertama masa dia nak pergi sekolah…korang jangan la terpedaya yek.. sebab serba serbi nampak bersih dan lawa lagi….

pas seminggu sekolah… Ya allah.. aku rasa tiap2 hari la aku kene basuh baju dia yang sentiasa kotor… tetiba rasa mcm nak suh sekolah buat baju sekolah warna itam…hahahaha

Oh ya….. hari ni adalah hari Gantian Sekolah untuk Cuti Hari Tahun Baru Cina yang bakal menjelma…..

**Minum Milo Fuze dan menang RM40K?? Korang tak nak ker??

Jadi, tak la terasa hari ni adalah hari cuti, sebab hari ni akuk akan menjadi sibuk, sebab pagi ni ada appointment kat Klinik di sebelah pagi, dah la tu kene g kat KL lak tu…. ambik kau.. mampus sesak la jalan nanti.

Pas tu kene cepat2 balik Bangi, sebab Danial pula ada sekolah Gantian belah petang pulak. Ikut surat Sekolah, Jadual ikut Hari Isnin, jadi tak perlu pakai baju sekolah, sebab ada Pendidikan Jasmani la hari ni… pakai baju sukan jerla. fuh……sebaik.. tak la kotor baju anak aku lagi..hahaha

Tapi sebaik la Sekolah Agama pun ada Kelas Gantian, jadi tak perlu lak aku pulang dengan keadaan tergesa-gesa pada tengahari tu. Pepagi dah hantar Danial g sekolah Agama, nanti tengahari, Ustazah situ akan hantar dia g Sekolah Rendah pulak… selamat sikit masa aku…huhuhu

Cuma petang kang jerla nak kene jemput dari sekolah rendah.. emm… di sebabkan anak aku dah tak naik bas sekolah, maka my IR la akan hantar dan ambil dari sekolah… demi anak nak bersekolah, ayahnya kene la berkorban masa untuk rehat…

Ibunya haruslah rehatkan..sebab dah tak larat nak buat sumer kerja di rumah…hehehe..

Nota kaki : Adui.. kerja kat rumah berlambak2..sapa nak ambik upah buat kerja rumah aku.. angkat tangan!! hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...