2011 February

Flat pekeliling yang sunyi sepi

On February 27, 2011, in Blog, by Sumijelly

Hari Jumaat lepas masa aku g naik monorail, aku mesti terpandang FLAT ni…. FLAT ni rasanya dah terbiar lebih 2 tahun aku rasa... sejak berpindahnya penduduk di situ sejak tahun 2007…

Kadar sewa yang termurah masa itu adalah Flat Pekeliling dengan kadar RM94 sebulan hanya dan  menawarkan sebuah bilik. Cuba bayangkan yang ramai anak..mesti sesak giler kan?? Tak dapat aku bayangkan…..

Sekarang FLAT PEKELILING ni sunyi sepi jer….. yang hanya ada mungkin ‘orang-orang’ yang cuba mendapat perlindungan teduh….

Em..agak-agak, bila yek FLAT ni akan dirobohkan sepenuhnya?? Mesti ramai mempunyai kisah di sebalik FLAT nie…aku?? entah la.. tak tahu la, pernah ke tidak jejak kai ke FLAT ni … tu kene tanya ibu bapa aku la…hehehe

Nota kakai : Terfikir gak, macam mana la derang nak robohkan yek?? hehehe

Membeli belah sambil membandingkan harga

On February 26, 2011, in Blog, Keluarga, by Sumijelly

Oh ya… hari ni tak kerja kan..jadi menjadi surirumah speenuh masa la… duk umah kemas umah, basuh baju, basuh pinggan…hehehe.. macam la sebelum ni tak pernah buat…kehkehkeh..

Dan selepas selesai sarapan, my IR ajak g TESCO la pulak..katanya nak beli beras yang semakin susut, susu yang semakin ilang, tissu yang semakin pupus…hehehe

Dan selalunya kami akan pergi ke TESCO Semenyih berbanding TECO Kajang yang ramai pelanggan nya hinggakan semua kaunter pembayaran sesak…perghhh………kalu g Kajang, mau lebih awal aku kene kuar umah ko…

Eh..baru pasan MILO kat umah dah habis lak… anak-anak sibuk nak g ambik…tetapi…….. tunggu dulu.. sebelum kita membeli barang, kita haruslah tengok TANDA HARGA yek anak-anak…

Omak aih…. MAHALNYA…. RM31.25 untuk 2KG… emmmm…….tak yah la ambik.. kita tunggu PROMOSI la.. selalu RM26.90 dan ada 100g PERCUMA lagi…

Biasanya aku beli harga macam tu..jarang yang beli harga bukan promosi... mahalkan milo sekarang nie.. ingat lagi aku 5 tahun dulu..rasanya harga milo kalo promosi untuk 2 kg RM19.90 ko.. ha.. time tua aku selalu borong sampai 2 pek, kendian naik ke harga RM21.90, pas tu RM24.90 ha.. sekaran RM26.90…. itu harga promosi la…

Ishk..ishk..ishk… mendadak gak kan…tu kalu beli harga mahal..ishk… pengsan ko.. 2 pek jer dah RM60.00 … macam kaya sangat nak beli sampai 2..jadi kesudahannya.tunggu ajalah PROMOSI…hehehe

Ha….ko tengok…baper banyak IKAN SIAKAP kat dalam tray kat bahan mentah… banyak ko… tu yang aku suka g kat TESCO Semenyih..sebab barang selalu masih banyak lagi… klau g tempat lain…emm..tinggal yang lebam-lebam jerla..

Tapi sejak aku tak leh nak makan IKAN ni.. aku pandang jerlakan… walaupun teringin nak makan, apakan daya… kehamilan kali nie terbatas sikit selera aku…huhuhu

Harga PROMOSI RM16.99 setiap kg… ishk..ishk… mahal ker murah?? hehehe… entah, lupa lak tanya my IR sebab dia yang rajin beli ikan siakap nie.. aku tau masak jer…

Seyes.. aku kalu bab ikan, jangan la ko tanya…….pasti aku tak tahu apa kah jenis ikan kalu tak my IR aku yang sebut…kahkahkah

emm… oklah…tu jerla barang yang aku nak bagi tahu…kang snap bebanyak kang, adalah lak sekuriti mengekor aku kang… tak pepasal kene rampas la ulak HP aku …hahaha…

So, sepanjang hari ni, kemanakah korang??

Nota kaki : Petang tadi hujan, jadi bila malam terasa bahang nya….

[PRODUK] Cocoa Collagen Power Plus

On February 26, 2011, in Blog, Pendapat/Komen, Produk, by Sumijelly

COCOA COLLAGEN POWER PLUS


COCOA COLLAGEN POWER PLUS

HOT!!!!!HOT!!! MEMANG PATUT CUBA!!!!

HANYA 1 SACHET SEHARI UTK DAPATKAN ~WAJAH BERSERI, PAYUDARA MANTAP, POWER GRIPP !!!!! RUGI KALAU TAK CUBA.. MURAH JERR….HANYA di Sumijelly.com

HOT SELLING!!!!! !
10 Box Selling in 3 Days
NOW OFFER :
1 set (30 sachet)
RM52.00 (termasuk Kos Penghantaran)2 sets (60 sachet)
RM100.00 (termasuk Kos Penghantaran)

Trial Pack (10 sachet)
RM24.00 (termasuk Kos Penghantaran)

**untuk Sabah & Sarawak, RM10.00 dikenakan untuk kos penghantaran bagi setiap kotak**

  • Kembalikan Keremajaan Wanita….
  • Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman.
  • Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi.
  • Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita.
  • Ia minuman enak lagi berkhasiat.
  • Semua wanita yang berumur dari 20 tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan Cocoa Collagen ini.

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi :-

  • Marine Collagen – Dapat membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  • Kacip Fatimah – Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  • Lobata – Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
  • Krimer Bukan Tenusu – Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  • Dextrose Monohydrate – Melambatkan proses penuaan.
  • Oligo Saccharide – Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

AWAS : Produk ini tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung (macam aku la tu….huhuhu)

So bagaimana?? Berminat….. jom buat tempahan dengan aku. Mudah, cepat dan murah……

Sila emel segala pertanyaan di sumijelly99@yahoo.com.

Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang ke 2!

On February 25, 2011, in Anak-anak, Blog, Hari-hari terpilih, by Sumijelly

Hari ni genap anak ketiga aku aka bongsu (bongsu la konon..hehehe) menyambut hari kelahirannya yang ke 2….

Cepatnya anakku membersar….. tak sangka kan???

Tahun sudah, genap Setahun kene suntikan. Kali ni kene makan ubat cacing jerla..hehehe

dan bulan 8 nanti bakal menerima adik baru lagi…hehehe.. dah tak leh panggil ADIK dah..kene panggil Abang Zulfadhli pula lepas nie…

Apa-apapun… IBU dan AYAH sentiasa doakan yang terbaik untuk Zulfadhli…semoga panjang umur, sentiasa sihat dan yang penting jangan selalu garang-garang ngan abang tau…

Ko jangan tak tahu…. dia kalu garang, omak aih..habis dia terkam abang-abang nya… garang tul…hahaha

Selamat Hari Jadi Zulfadhli, semoga menjadi anak yang soleh yek sayang!

Nota kaki : emm….rasanya anak ketiga aku ni memang x der pun buat sambutan hari jadi.. tak macam abang-abang nya dulu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...