2011 February

Pesta Acara Angin Timur 2011

On February 25, 2011, in Blog, Events, Orang awam, by Sumijelly

Pesta Angin Timur Perlis…….

pesta acara angin timur

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Negeri Perlis akan menganjurkan Program Pesta Angin Timur 2011 di mana progam ini merupakan acara pembukaan bagi Negeri Perlis untuk tahun 2011.

Program : Pesta Acara Angin TImur 2011
Tarikh :
26 – 27 Februari 2011
Tempat : Kampung Banir Tembus, Mukim Sanglang, Simpang Empat, Perlis.

Program ini merupakan saranan daripada YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Perlis dan Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Perlis, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis.

Objektif utama :

program ini adalah untuk memaparkan aktiviti selepas musim menuai padi di Negeri Perlis termasuklah aktiviti pameran, pertandingan, demonstrasi dan persembahan. Acara perasmian akan dilaksanakan secara bersama iaitu YAB Dato’ Seri Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Seri Utama Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan serta YB Menteri Pelancongan pada 27 Februari 2011 pada pukul 10.00 pagi.

Bersempena dengan Pesta Angin Timur ini, Pejabat Tourism Malaysia Perlis berperanan menjadi urusetia di dalam acara ‘Malaysia Book of Records’ Tumbuk Sambal Belacan Paling Ramai yang akan melibatkan lebih dari 1000 orang peserta. Acara ini akan diadakan pada hari ke 2 (27 Februari 2011) sebaik sahaja acara perasmian dijalankan.

Antara acara lain yang turut diadakan ialah acara sukan rakyat, pertandingan wau, persembahan orkestra dan kebudayaan, persembahan nyanyian oleh artis terkenal dan artis-artis tempatan, Pertandingan Burung Mebah Jambul, demonstrasi dan pertandingan memasak, pameran dan jualan dan banyak lagi.

Sehubungan dengan itu juga, semua warga Malaysia dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Angin Timur Perlis 2011 ini. Bersama-sama ini dilampirkan program bagi acara tersebut.

(26/02/2011)

jadual

Moh kita ke bendang………………..

Nota kaki : Pergi la.. mana tahu leh bawa balik belacan FREE..hehehe

Mini Karnival Produk Makanan Koperasi di The Mall,KL

On February 24, 2011, in Blog, Events, by Sumijelly

Acara : Mini Karnival Produk Makanan Koperasi
Tarikh : 25 – 27 Februari 2011
Tempat : The Mall,KL

Pelbagai acara menarik menanti anda dengan pelbagai acara seperti persembahan artis, demontrasi makanan, pertandingan menghias kek, pertandingan mengukir buah, pertandingan melukis untuk kanak-kanak serta cabutan bertuah.

Jadual acara seperti yang tertera pada gambar di atas. Mari kita memeriahkan acara ini dan anda dialu-alukan untuk mengambil bahagian bagi memeriahkan Mini Karnival Produk Makanan Koperasi.

Program ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kerajaan Malaysia.

?Nota kaki : Moh kita serbu!!

Penyakit menyerang!!!

On February 24, 2011, in Blog, It's Me!!, by Sumijelly

Bukan aku yang sakit la… tapi HP  E5 aku ni ha…

E5

Tetiba la pulak tak leh on…

Nampaknya nak ke Times Square sat lagi.. nak tgk apa yang patut.. sebaik dalam warranty lagi…..

Ok la… nak g cepat, sebab nak balik cepat... kang lelambat semput pulak aku berjalan nanti….

Nota kaki : Mentang2 gaji kuar hari ni…time tu la problem..huhuhu

 

Omak aih… aku kalu nak buat tajuk macam pelik la pulak…sebab panjang nau……muahahaa……

ha….. ni nak bagi tahu…. kepada sesiapa yang sedang mencari Jurufoto untuk mengambil gambar sempena hari jadi, perkahwinan, keluarga dan apa-apa acara…

ha……. inilah masanya kerana di Milkadeal menawarkan promosi yang menarik

RM42 daripada RM135 untuk 45-minit sesi Outdoor Portraiture + PERCUMA 1keping 8R Photo + PERCUMA 1 keping Photo CD dari DFChannel Photography [69% OFF]

MilkADeal_DFP_7

MilkADeal_DFP_6

MilkADeal_DFP_9

DFChannel Photography telah mengenal pasti  tiga tempat utama untuk pemotretan luar :

  • Putrajaya
  • Tasik Shah Alam
  • Taman Tasik Perdana

Baucer pembelian ini sah hanya dari 1 March 2011 hingga 30 April 2011.

Ingatlah, segala kenangan tidak dapat diganti. Jadi abadikan ia untuk kenangan anda!

Dengan tawaran ini, hanya gambar dapat menceritakan segalanya!

REBUTLAH PELUANG INI!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...