Suria City Hotel, Johor Bahru

suria city

Ewah…tetiba g letak gambar Hotel…haaaa…… jangan tak tahu, semalam baru jer balik dari Johro Bahru

Mengikut my IR g mesyuarat, tapi dah alang-alang berjalan jauh.. dan kebetulan cuti sekolah… apa lagi ambil la kesempatan bercuti sekali kan?? hehehe

Bertolak hari ahad, dan pulang nya hari Isnin. Penat?? huh… jangan kira la.. sakit tau bontot aku duk lelama dalam kereta..muahahaha

So hari Ahad tu aku sampai kul 5.00 petang… perghh…… letih tul ko walhal my IR yang drive.. aku membungkang jer kat seat belakang…hahaha

Sampai sana terus check in di Suria City Hotel.. berhampiran di The Zone. Jom tengok macam mana la ghupa bilik aku yek?? hehehehe

Bilik ni harganya RM148++ yek.. termasuk 2 orang untuk sarapan pagi.

Bilik?? emmm…… tak MENARIK langsung!!!

Udah la tu lantai nya tak ada karpet…. SEJUK ko kaki… cecah lantai jer sejuk… tak koser nak berjalan2 dalam bilik (cheh macam la besar bilik)

Aku cukup tak suka kalau kemudahan nya kurang seperti :

  • Remote air cond, kalu tak check in x der la dalam bilik tu. Kene ambik kar reception
  • Remote TV langsung tak der, ko kene la ngadap Tv tu nak tekan-tekan siaran yek
  • Lantai tak ada karpet. Sejuk giler ko
  • Dah la tu selipar dalam bilik pun tak der…
  • Aku request katil extra.. punya la lambat nak bagi. Aku call baru nak bagi..
  • Sterika x leh request la.. dia letak tempat mengosok kat beranda. so nak gosok g kuar yek.

Rupanya ada 2 buah HOTEL rupanya. Satu Hotel lama, satu lagi hotel baru. So kene buat pilihan la… sebabnya :

  • Duk hotel lama, ada ASTRO dan tempat nak makan bawah jer. Tapi x ada swimming pool
  • Duk hotel baru, x ada ASTRO dan nak ke tempat makan kene la lintas jalan. Tapi ada swimming pool

Maka, kami memilih baik g tempat makan yang dekat dari g swimming pool yang belum tentu aku akan bawa anak-anak aku g kan??kan?? hehehe

Cheh….. tak best langsung ko… x per, di sebabkan kita ingin merasai pengalaman bermalam di situ kami try la check in. So next time tak akan masuk situ lagi la.. Best lagi check in di M-Suite Hotel tu…

Tapi disebabkan Danga Bay ada Jom Heboh, jadi kami jangkakan hotel sebelah sana sure PENUH. So kami try ke Bandar punya la…

Korang kalu tingin gak nak ke sana boleh, ni alamatnya :

Suria City Hotel Johor Bahru
10 Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri 80300
Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Malaysia
Phone: 6072231791
Fax: 6072231792

So.. pas check in, malamnya ada pertemuan dengan seorang blogger yang duk kat Johor.

Siapakah dia?? ha.. nantikan entry susulan yek…

Nota kaki : Duk hotel pun rasa boring di sebabkan hotel kecik..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge