2011 March

Radiasi merebak ke negara Asia

On March 31, 2011, in Blog, Surat Khabar, by Sumijelly

nuklear

MANILA: Sejumlah kecil radiasi daripada loji nuklear Jepun yang bocor sudah merebak ke beberapa negara Asia, kata pihak berkuasa, meningkatkan lagi kebimbangan jutaan penduduk yang semakin bimbang untuk makan makanan Jepun.

Kerajaan China, Korea Selatan, Filipina dan Vietnam melaporkan radiasi dikesan di wilayah negara masing-masing. Bagaimanapun, mereka menegaskan, paras itu amat kecil dan tidak mengancam kesihatan.

“Kami meminta orang ramai tidak cemas. Jumlahnya begitu sedikit di udara,” kata jurucakap Institut Kajian Nuklear Filipina, Tina Cerbolis. Pegawai di beberapa negara lain sebelum ini turut menyuarakan perkara yang sama.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa jumlahnya tidak akan memberi kesan kepada rakyat biasa Korea,” kata Ketua Institut Keselamatan Nuklear, Yun Choul-Ho kepada wartawan di Seoul.

Namun, perkembangan itu adalah satu lagi peringatan kepada orang ramai di seluruh Asia Pasifik mengenai kesan teruk akibat kerosakan loji nuklear Fukushima selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun dua minggu lalu.

Kesan radiasi pada hakikatnya sudah merebak hingga ke Amerika Syarikat dengan air hujan di Ohio dikesan tercemar Isnin lalu, kata pihak berkuasa alam sekitar.

Kerajaan dan orang ramai yang tinggal berjiran dengan Jepun sudahpun mengambil langkah berjaga-jaga apabila krisis itu meningkat.

Pihak berkuasa di rantau berkenaan mula menguji makanan import untuk mengesan radiasi sementara beberapa jenis sayur yang ditanam berhampiran Fukushima diharamkan sama sekali.

Di China, dua pengunjung dari Jepun dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas pegawai lapangan terbang mengesan tahap radiasi yang tinggi pada mereka. Pihak berkuasa negara itu juga berkata minggu lalu, radiasi dikesan pada sebuah kapal dagang dari Jepun.

Majlis Tenaga Atom Taiwan semalam melaporkan, sejumlah kecil zarah radioaktif dikesan pada 43 penumpang dari Jepun sejak krisis itu bermula. – AFP

- Petikan Harian Metro

Victoria selamba, sumijelly berdebar-debar

On March 30, 2011, in Blog, Kehamilan, by Sumijelly

alahai……. tau la Victoria dah tahu jantina anaknya… leh pulak buat muka selamba… yang terlebih teruja adalah David Becham…

Mungkin Victoria cuba menyembunyikan perasaan teruja nya kot… maklum la selepas 3 orang lelaki, mesti la mengharapkan perempuan kan?

Bak kata David Bechkam :

“Memang kami bernasib baik untuk menanti satu lagi kelahiran dan ini kali pertama saya akan mengesahkannya: Ia anak perempuan. Kami masih terkejut. Sudah pasti, selepas tiga anak lelaki, kami menjangka kami akan memperoleh seorang lagi anak lelaki. Tetapi apabila mendapat tahu yang akan dilahirkan itu anak perempuan, ia mengejutkan kami. Kami terlalu gembira.” Anak pasangan itu, Brooklyn, 11, Romeo, 8 dan Cruz, 5 juga dikatakan terlalu gembira untuk menyambut kedatangan adik perempuan.

- Petikan Harian Metro

Ha… teruja tak teruja keluarga tu?? mestila terujaaaaaaaaaa………..

Okey..okey… klau Victoria selmaba jer bila tahu dia bakal menimang cahaya mata perempuan, aku lak berdebar-debar tau.. sebab 1 april ni nak g scan perut….. dah 5 bulan (eh..sama lak ngan VB kan??) jadi harap-harap adalah nampak jantinanya yek.

Jadi.. tunggu yek kalu aku dapat lihat jantina anak aku, akan aku khabarkan kepada korang.. aku tahu korang sure teruja mengalahkan aku kan??kan?? hhehe

Nota kaki : Jumaat ni dah siap ambik cuti ko..hahaha

ABC di zaman serba IT

On March 30, 2011, in Blog, Suka-suka, by Sumijelly

Aku nak share emel yang aku dapat. Rasanya mesti ada yang dah dapat kot…hehehehe

Mari kita belajar ABC….hehehehe

Latest from Nursery Schools:

A: APPLE

B: BLUETOOTH

C: CHAT

D: DOWNLOAD

E: E MAIL

F: FACEBOOK

G: GOOGLE

H: HEWLETT PACKARD

I: iPHONE

J: JAVA

K: KINGSTON

L: LAPTOP

M: MESSENGER

N: NERO

O: ORKUT

P: PICASSA

Q: QUICK HEAL

R: RAM

S: SERVER

T: TWITTER

U: USB

V: VISTA

W: WiFi

X: Xp

Y: YOU TUBE

Z: ZORPIA

Guess what????

A is still an Apple

Nota kaki : Derang ni… ada jer nak dijadikan bahan kan??hehehe

Dinasour yang berkeliaran di Kuala Lumpur

On March 30, 2011, in Blog, Events, by Sumijelly

Ni gambar Dinasour yang sempat aku snap….

Nak g tengok pameran ni, kene naik ke aras satu, kat bahagian bawah hanya lah ada 2 ekor sahaja….

 

Di Ruang Legar Pusat Sains Negara

Bilik Pameran 1

- Hanya Rangka hanya yang terdapat dalam bilik pameran ini

 

Bilik Pameran 2

Bilik Pameran 3

yang terakhir tu adalah gambar yang sempat aku snap… padahal ada lagi beberapa ekor Dinasour yang aku tak sempat nak snap..

Sebab Zulfadhli telah ilang dari pandangan mata aku… dalam erti kata, dia dah lari keluar dari bilik pameran itu….. hahahaha…

So, tergendala la misi aku nak mengammbil gambar 30 ekor Dinasour…huhuhu.. Kalu korang g lagi, korang snap la sampai cukup 30 ekor yek… kalu tak cukup g la tanya pekerja situ, kenapa tak cukup seperti yang di laporkan dalam utusan..

Nota kaki :  tu la problemnya bila bawa anak yang aktif.. tak nyempat nak bergambar..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...