3 buah rumah yang comel

Pernah tak korang tengok gambar kartun 3 rumah kecil yang comel ini?? Pernah tak??

Emm..tak pernah ker?? mungkin ada yang pernah kot…hehehe

Alahai…comelnya… aku ngatkan apalah benda tu. Rupa-rupanya memang ada la yang memakai kostum ni…..tak caya ?

https://www.facebook.com/video/video.php?v=213173568692781&oid=95631321362&

Kan comel kan bila tengok iklan komersial ni? Ini pun aku jumpa secara kebetulan di laman Facebook Mama Mil. Maklum la bila dah ada anak dan aku lak sedang mengandung ni, macam-macam laman web aku tengok termasuk laman sosial gak. Itu pun sebab nak menambahkan ilmu pengetahuan lagi. Jadi apa lah salahnya aku berkongsi TVC bersama pembaca.

Apa kaitan 3 rumah kecil ni?

Rupa-rupanya tu iklan komersial mengenai susu kanak-kanak dari susu Mamil Gold yang mempunyai maksud tersendiri bagi setiap buah rumah tersebut. Ia berkaitan dengan ketahan daya anak-anak rupanya.

Jadi aku tahu setiap ibubapa pasti ingin memastikan anak mereka sihat dan kuat. Selain daripada makanan dengan bantuan susulah ia dapat membantu ibubapa dalam secara tidak langsung membantu anak-anak anda membesar dengan sihat dan kuat.

Lihatlah ketiga-tiga anak aku ni. Kerana susu lah mereka membesar dengan sihat dan kuat. Begitu besarnya pengaruh susu dalam kehidupan kita sebenarnya. Mana taknya dari saat mereka dalam perut, aku juga mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang bagi memastikan aku sentiasa sihat dan anak didalam kandungan membesar dengan baik. Meminum susu yang berkhasiat juga adalah salah satu caranya.

Jadi sejak dari kelahiran mereka susu lah penyambung kehidupan mereka sehinggalah mereka membesar sehingga kini. Alhamdulilah…kesemuanya aku berjaya susukan susu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan pertama kelahiran mereka. Sebab kebanyakkan para doktor dan jururawat menjelaskan kepada aku, susu pertama yang keluar dari susu ibu mempunyai khasiatnya amat tinggi serta kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


mamil gold 3

 

Jadi untuk para ibu yang tidak dapat memberikan susu ibu, korang janganlah bimbang kerana dengan adanya susu Mamil Gold ia amat sesuai untuk para ibu yang sibuk serta tidak dapat memberikankan susu ibu sepenuhnya kepada anak mereka.

Jadi amatlah penting bila mereka di berikan susu yang mempunyai nutrien-nutrien penting dan juga IMMUNOFORTIS seperti yang terdapat pada susu Mamil Gold ini kerana ia dapat membantu mempertahankan daya ketahan semulajadi anak aku terutamanya apabila mereka berada jauh dari sisi aku seperti berada di TASKA.

Mamil Gold juga lengkap dengan segala sumber  yang diperlukan oleh anak-anak aku dengan memberikan segala jenis nutrien, lengkap seolah-olah memakan makanan yang seimbang kerana kadang-kadang anak aku ni lebih suka minum susu dari makan jadi aku tak perlu risau tentang mereka sama ada lapar ataupun tidak.

zulfadhli

Tidak kiralah apa susu sekali pun, jika tidak lengkap dengan segala keperluan badan anak-anak untuk membesar apa lah gunanya meminum susu tanpa nutrien-nutrien yang penting kan. Macam Zulfadhli ni, dalam usia yang semakin meningkat ni susu lah yang membantu menjadikan tulang yang kuat dan badan dia sihat.

Jadi pastikan yang anak-anak korang juga mendapat minuman yang seimbang dengan diet yang berkhasiat, kaya dalam vitamin-vitamin & mineral kerana mereka memerlukan yang terbaik dalam permulaan hidup pemakanan anak-anak korang sehinggalah mereka dewasa.

Mana korang nak, minum susu kerana sihat dan kuat atau kurang minum susu hingga menjejaskan pembesaran dan pertumbuhan anak-anak korang? Jadi pilih lah yang memberikan kebaikan kepada korang dan anak-anak korang yek.

Nota kaki : Sayangilah anak anda dengan memberikan yang terBAIK!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

45 comments

  1. eyriqazz says:

    Laa,mati2 ingatkan kartun tu upin dan ipin..tapi kenapa 3? ada apin ke?hik3..yup, pemilihan susu yang bagus adalah penting untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak..buatla pilihan yang bijak…

    • Sumijelly says:

      @eyriqazz,
      eh..tu sebenarnya anak aku yang pakai maskot tu.. ko tak pasna ker??hik3…

      just nice apa, 3 lelaki tu sama seperti 3 hero anak aku…

      alisya mesti sampai sekarna gminum susu kan?? kasi dia minum bebanyak tau.. nanti aku nak pinang biar menantu gemuk2 jer..hahaha

  2. ddfabulous says:

    susu yg sesuai penting sangat penting utk sistem pertahanan badan dah tumbesaran kanak2…susu yg kaya dengan antigen2 yg berguna nie, amat sesuai diberikan sejak dari peringkat awal (lepas dah x menyusu badan lagi laa..)

    time ni juga kalsium amat diperlukan untuk kanak2 nie membesar…so kalau kalsium diambil dengan ok, nanti leh jadi tinggi cam DD…hahahaha…DD nie sebab kalsium terlebih la jadi tinggi lampai mcm supermodel nih…hehehe…

  3. cikpia says:

    teringat citer 3 ekor anak babi time kecik2 dulu. sekor buat umah jerami, sekor umah kayu, sekor umah batu….. and the wolf huff! and puff! and bloooooooooooow the house down. he he….

  4. Cik Norfa says:

    Sekarang para ibu cari susu memang nak cari yang ada nutrien2 dan segala macam kebaikan kandungannya utk anak2. untuk menjadi kuat dan sihat! eceh..cam iklan kat tv plak rasanya sebut camtu.

    Tahun depan nopa beli la susu ni. sebab ape? sebab tahun ni baru nak kawen. jadi tahun depan la dapat anak kan. hahahaha…..

    p/s : Mamil Gold je? Mamil silver takdak ke?

  5. JAI says:

    Menarik gak. So far anak ada masalah tak guna mamil? Sesetengah susu ada baby tak serasi. Ada yang kata sesetengah susu panaslah dan sebagainya…Wah untunglah..ko dapat sponser dari Mamil..kang ceritalah pengalaman ek..mana tahu kut2 aku nak buat baby..haha..boleh try mamil

  6. Liyana Lunia says:

    waaaaaaah sesuai lah untuk anak buah ynn . dia xdapat susu ibu sebab dia tamo sendiri. tyme tu risau sgt kalau anything happen after this but bila baca entry kak sumi , ynn pasti anak buah ynn boleh mem-protect diri dia walaupun tak dapat susu ibu 🙁

    ehhhh ynn skrg pn minum susu okeee. nak sihat kan tulang ;p

    • Sumijelly says:

      @Liyana Lunia,
      la..ye ker.. tak per.. kalu tak dpt minum susu ibu, leh guna susu tepung menggantikan susu ibu.. ia tetap juga berkhasiat….

      ko memang kene minum susu gak..tuk tulang yang bakal reput tak lama lagi….hahaha…

  7. cikhel says:

    saya baru belaja minum susu bila dah besar agaknya sebab masa kecik tak di beri susu oleh maid yang jaga saya,tp saya tetap menten membesar.hahahaah!

    sekarang nih banyak sgt iklan susu,,pilihlah yang terbaik untuk anak anda,juga anak sy yang bakal ada,ntttt hahahaaha

    okbye!*takpahamapaakumengarutne

  8. missbby says:

    setujulah cik sumi..susu memang penting untuk kesihatan. alhamdulillah saya mampu bfeed dua-dua anak sampai setahun lebih..belum penah cuba susu mamil ni..kot nanti boleh cuba untuk anak pompuan saya ni..

  9. madam casper says:

    Akak start dari anak sulung sampai ke muaz ni mmg susu ni jer akak pilih. Sbb budak2 ni serasi dan x cirit dan tak kembung perut. Dia orang minum Dugro tu la. Kan dah ada perisa madu dan coklat sekarang. Lagi pun Dumex Dugro ni ada pek ekonomi jadik bila agak2 duit susut tu boleh beli lagi.

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply