Apakah skan 3D dan 4D?

Soalan :

Apakah skan 3D dan 4D?

Jawapan:

Skan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang anda pernah lihat dalam surat khabar dan majalah.

Skan 4-D (waktu merupakan dimensi keempat) adalah imej 3-D bayi yang bergerak.

Jika anda bercadang untuk membuat skan 4-D, anda akan diberi rakaman CD atau DVDnya.

Ini pula contoh gambar 3D :

gambar 4d

2D ( 2 dimensi ) – iaitu scan yang biasa kite tgk, 3D – boleh tgk baby secara 3 dimensi, dan 4D ( 4 dimensi)

Okey…. aku pernah buat scan 3D ni masa kau mengandungkan Iskandar. Itu pun kakak ipar aku kerja HUKM yang bagi maklumat aku dan aku terus g scan. Masa tu tak silap aku ada promosi susu ibu sekali kat KLCC.

Kira merasa jugak la.. cuma aku tak sempat nak snap gambar la masa tu, sebab tak terfikir nak buat kenangan…hehehe

Dan kertas gambar 3D tu pun patutnya dari dulu nak laminate, sampai la ilang gambar kat kertas tu aku tak laminate.. sudahnya ke tong sampah ko..huhuhu

Ikut info dalam internet yang aku cari, masa paling baik untuk mendapatkan skan 3-D atau 4-D adalah antara 26 minggu hingga 30 minggu.

Sebelum 26 minggu bayi mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulitnya, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit. Selepas 30 minggu kepalanya mungkin telah masuk agak dalam di pelvis anda, jadi anda mungkin tak dapat lihat muka bayi anda

So, ingat nak g try la scan 3D ni lagi..sekarang pun kandungan aku dah masuk 27 minggu dan aku dah dapat tempatnya.. insya allah, klau aku dah pergi, aku akan kongsi kan korang gambar yang aku perolehi tu yek…

Nota kaki : Terujakah??hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

  1. annapeje May 10, 2011
  2. mizzura May 11, 2011
  3. lynn hamzah May 11, 2011
  4. ummiarissa May 11, 2011
  5. Baby 3D 4D Scan January 13, 2012
  6. risanur February 14, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge