Luka bedah cepat sembuh

Tertarik aku pada artikel di Harian Metro hari ini yang bertajuk:

Luka bedah cepat sembuh

harian metro

Ialah seperti yang sedia maklum, lepas bersalin secara pembedahan, selalunya mesti tak boleh berbekung. Artike kali ni memberikan peluang untuk ibu2 yang bersalin secara pembedahan dapat berbekung selama berpantang…

Kini wanita yang melahirkan anak menerusi pembedahan tidak lagi perlu risau dengan penciptaan pakaian sokongan perubatan bagi membantu ibu selepas pembedahan.

Pakaian diperbuat daripada fabrik powernet ini berfungsi untuk memberikan sokongan 360 darjah pada bahagian abdomen dan bekas pembedahan.

Lebih penting, pakaian perubatan ini mendapat pengiktirafan daripada pakar perubatan sebagai satu-satunya ‘bengkung’ yang boleh digunakan ibu yang melahirkan anak menerusi pembedahan.

Wah… ni yang teruja nak beli…hik3….

Ialah, aku ni dah 2 kali merasai pembedahan.Jadi ada beza tau berpantang secara bedah ngan normal..

Normal rasa macam badan cepat ringan sebab dalam minggu pertama bersalin dah boleh berurut ngan berbekung. Kalu bedah ni lambat sikit sebab nak ambil masa sembuh luka jahitan dulu baru leh berurut ngan berbekung dan juga luka dalaman sekali, kene pastikan betul2 sembuh.

Menurut artikel ni, Dr Zarul ni sering menasihati pesakitnya (yang bersalin menerusi pembedahan) supaya tidak memakai bengkung kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesan luka. aku rasa dia ambil inisiatif menghasilkan bengkung ni sebab ramai kot ibu2 mengadu sebab pas bedah tak leh berbekung…

Namun selepas meneliti pakaian sokongan dan diuji beberapa pesakit, mereka mengakui pakaian ini sangat bagus kerana bukan saja melindungi bahagian jahitan pembedahan daripada menerima sebarang tekanan, malah menjadikan bahagian luka itu rata dan tidak berlipat.

Ini sekali gus memudahkan pengudaraan dan menjadikan luka kering dan sembuh dengan cepat.

Tambahnya, pembedahan melahirkan anak membabitkan tujuh lapisan kulit.

Ini bermaksud terdapat tujuh lapisan dalam kulit yang perlu ditoreh bagi mengeluarkan bayi dan setiap lapisan ini perlu dijahit semula.

bengkung

“Tekanan tepat yang diberikan pada bahagian luka dipercayai dapat mengurangkan kesan parut.

“Pakaian ini sama seperti seluar bengkung daripada bahagian bawah payudara sehingga paha.

“Bagi memudahkan pemakaian dan keselesaan, terdapat cangkuk dan zip pada bahagian tepi manakala pada bahagian pembedahan terdapat panel bebas jahitan bagi mengurangkan iritasi yang diperbuat daripada fabrik powernet iaitu sejenis kain jarang dan lembut yang memudahkan pengaliran udara yang baik,” katanya.

Walaupun ramai ibu yang menjalani proses pembedahan mengakui bimbang luka boleh berdarah atau bernanah semula, namun ini jarang berlaku.

Sekiranya individu menjaga kesihatan dan pemakanan, dalam masa dua minggu saja kesakitan tidak lagi terasa.

Ishk… teruja tak ibu2 semua?? mesti yang baca ni akan terasa “alahai bestnya kalu dapat pakai bengkung kan, nak-nak pula pas bersalin secara bedah”

Ni yang aku nak g cari kat mana pula jual bengkung ni… ialah.. harga tak pula di beritahu… mahal ker? berkemampuan ker aku beli??

Kalu sekitar RM200-RM300 tu boleh la jugak aku membelinya… tapi kalu lebih mahal dari harga jangkaan…. nampaknya pandang jerla yang aku mampu…

Ada tak sesiapa tahu mana nak dapat produk ni? mana la tahu kot2 ada yang lebih advance dari aku tahu bend anie?? hehehe

Nota kaki : Tak kira… kai ni nak slim balik..hehehe

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

  1. Saja Ambar says:

    Assalamualaikum SumiJelly dan para pembacanya,
    Memandangkan ramai yang tidak mendapat maklumat lengkap tentang c-sect support garment yang telah disiarkan, sila layari blog saya http://www.ambarcare.com untuk info lebih detail.
    Saya merupakan konsultan produk sokongan medikal selepas pembedahan yang telah bekerjasama dengan Dr. Zarul.
    Terima kasih.

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply