2011 June

Hari Sukan Danial yang sudah berlalu……

On June 30, 2011, in Anak-anak, Blog, Sekolah, by Sumijelly

Hari Sukan Danial telah pun berlangsung di Kompleks Sukan Bangi Seksyen 15 pada 26 Jun yang lepas.

So, pepagi macam biasala kejut Danial. Bersemangat tul Danial nak g bersukan…hehehehe

sukan

Sampai jer sana, tengok dah berkumpul dah pelajar… hujan pula masa tu renyai-renyai. Jadi agak terbatas la sikit.. tp tak lama kemudian, matahari timbul, ujan pun berhenti…

sukan

Okey… acara dah nak bermula. Aku pula masa ni duk kat tempat penonton di tingkat atas. Tak larat la nak berdiri

Sementara tu anak aku si Danial dah masuk dalam barisan mengikut kelas masing-masing

sukan

Tengokla gelagatnya… ishk.. dah nama pun kanak-kanak.. bukan reti nak baris betul-betul.

Bergurau sentiasa jer derang ni… hehehehe

sukan

sukan

Acara Danial lambat lagi, sementara tu duk la melepak bawah khemah. Tp khemah pun tak dapat menampung semua budak sekolah.. jadi berdirila anak aku di bawah sinaran matahari.

Aku yang duk situ tak sampai 1/2 jam pun tak tahan ko… aku ajak my IR balik. Penat la… udah la ngan saratnya lagi…

Aku tinggalkan Danial seorang diri kat Stadium tu… dalam kul 12.00 tgh hari, my IR g jemput dia…hehehe

Aku kat rumah dah tertidur lena….hehehe

sukan

sukan

Aku bangun jer tido, tanya Danial dapat hadiah apa?

Danial terus tunjuk kan aku pingat yang dia menang. Untuk acara Sukaneka Tahun 1 dapatla tempat ketiga…

takperla.. sekurang2 nya adalah kenangan di Tahun 1 kan?? dari aku dulu, tak pernah dapat kot… dapat pun masa darjah enam..hehehe

Nota kaki : Sekolah anak korang dah Sukan ker?? hehehe

Check up Ibu mengandung @ 34 minggu

On June 30, 2011, in Baby, It's Me!!, Kehamilan, by Sumijelly

Yeaaahhhhhhhh!!!!

Kandungan aku dah pun berusia 34 minggu !!

Suka tak?? suka tak?? eeeh…… sure la suka, sebab tinggal lagi 1 bulan @ 4 minggu untuk bersalin.

Eh…sumi kenapa lak 4 minggu? bukan lagi 6 minggu ker? kan due 11.08.2011??

Ok..ok..nanti aku bagi tahu yek kenapa…. apa2 pun meh layan berapa berat aku untuk minggu ke 34 ni….hehehe

timbang 8 bulan

69.2 kg!!

Okey…. sudah naik 2 kg dalam masa 2 minggu?? hehehe…….. Misi klinik siap tulis guna DAKWAT MERAH sebab naik 2 kg dalam masa 2 minggu!!

nak buat macam mana. Dah selera makan menjadi2 ko…. jadi makan untuk dua orang lak kan, pas tu perut pula sentiasa inginkan makanan…..hehehehe

Okey, meh sambung pertanyaan tadi. Kenapa aku kata tinggal lagi 4 minggu??

Masa kelahiran anak pertama aku kene BEDAH sebab FETAL DISTRESS (Kecemasan – Baby nadi lemah), kelahiran anak kedua NORMAL, anak ketiga aku kene BEDAH sebab BREECH (songsang).

Jadi ikutkan doktor punya cadangan, anak keempat aku kene BEDAH sebab aku dah 2 kali melahirkan anak secara pembedahan.

Ikutkan hati aku nak bersalin NORMAL, ialah… antara penjagaan dalam pantang semasa NORMAL dan BEDAH berbeza. Selesa lagi NORMAL sebab dalam masa 2 minggu badan dah mula rasa segar dan tegap.

Aku dah cuba tanya doktor untuk mohon bersalin secara NORMAL (mohon tu.. mcm minta permohonan lak..hehehe). Tapi tak boleh kerana doktor berikan aku beberapa kemungkinan semasa kelahiran iaitu :

  • Doktor tak tahu berapa besar anak dalam kandungan aku jika menunggu 40 minggu kehamilan kerana anak kedua aku semasa aku bersalin normal adalah 3.54kg. Takut baby boleh lebih besar dari itu…
  • Doktor tak mahu ambil risiko kerana aku pernah 2 kali bedah jadi takut jahitan dalam perut berisiko.
  • Doktor tak mahu ambil risiko juga atas kesakitan yang bakal aku alami jika bersalin normal seperti “tak tahu mana sakit, sakit nak bersalin @ sakit kerana jahitan lama di perut”

Jadi kalu ikutkan ramalan Doktor, aku bakal melahirkan anak aku yang keempat pada ujung bulan july di mana ketika itu kandungan aku genap 38 minggu dan masa yang sesuai untuk melahirkan anak secara pembedahan.

Jadi pada 13.07.2011 ini, aku akan berjumpa dengna Doktor Pakar di Hospital Ampang di mana tempat aku akan melahirkan anak. Jadi kene tengok bila kah tarikh yang sesuai untuk bersalin.

Ikutkan sejarah yang lama iaitu untuk kelahiran pembedahan selalunya genap 38 minggu ke atas aku dah kene tahan wad untuk di bedah. Jadi kiranya antara 27 July – 2 Ogos aku mungkin akan bersalin secara pembedahan la.

Siapa yang tak nak lahirkan anak secara NORMAL kan? Aku kalu boleh nak normal. Tapi dah di tentukan aku kene BEDAH terima la dengan seadanya. Tapi andai la aku dapat PELUANG melahirkan anak secara NORMAL untuk yang keempat. Memang amat-amat bersyukur sangat……

Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. Mana tahu ‘keajaiban‘ boleh berlaku kan?

Semoga anak dalam kandungan dan juga aku sihat walafiat kan?

Nota kaki : Doakan semoga berjalan lancar untuk aku yek!

Ramai sungguh yang suka baca kisah HANTU!

On June 30, 2011, in Blog, Orang awam, by Sumijelly

resort palm spring berhantu

hikhikhik……….. sejak aku PUBLISH kisah seram di Palm Spring Resort PD tu, ramai tul orang suka baca yek!

Memang musim baca kisah hantu ker wei?? gila ramai yang baca sejak dari 23.06.2011 hingga hari ini…

Menjadikan carian tertinggi untuk seminggu di sumijelly.com ko…hehehe

Memang suka yek kisah hantu ni?? ker cari sebab nak tahu kebenaran??

Nota kaki : AKu nak tengok cite rhantu pun tutup mata ko..hehehe

#4 Wordless Wednesday

On June 29, 2011, in Blog, Wordless Wednesday, by Sumijelly

wordless wednesday

#4 Wordless Wednesday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...