Akan Datang : Drama Wasiat di Astro Prima (Saluran 105)

Aku tahu ramai peminat DRAMA MELAYU kat sini…. meh sini aku nak bagi tahu korang. Mulai 27 Julai ni setiap hari Rabu, korang g la terpacak depan TV ASTRO tu tgk drama melayu yang bertajuk WASIAT.

Drama ni mengisahkan kekeluargaan dan penuh dengan pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan iktibar untuk kita semua. Ala..korang tengok la sendiri…… nak citer pun susah la

Ni kat bawah ni aku bagi sinopsis sekali…

Sinopsis :

Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini

Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagi  memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.

Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesame sendiri, Sofiyan anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.

Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.

Barisan Pelakon:

wasiat
Beto Khusyairy sebagai Sofiyan Abdullah

wasiat

Farid Kamil sebagai Shaqir bin Agus Raizal

wasiat
Sara Ali sebagai Johanna Hassan

wasiat

Yasmin Hani sebagai Marina Malik

 Hebatkan barisan pelakon?? Mesti korang teruja nak tengok kan??kan?? Okey, korang cuma perlu ingat tarikh tu jer… yang lain biarkan sahaja ASTRO PRIMA lakukan yek..hehehe

Mulai 27 Julai 2011 (Setiap Rabu)
10 malam. Astro Prima (Saluran 105)

Ingat tau tarikhnya…… jangan lupa menonton!!!!!!

Untuk maklumat lanjut klik SINI

Nota kaki : Emmm…..leh ker lawan dgn BBTV aku nanti yek?? huhuhu.. harus sorok REMOTE ASTRO pas ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments

Leave a Reply to asya alya Cancel reply