2011 July
tangan mata


Bolehkah anda mengetahui samada mengandung bayi lelaki atau perempuan?

Satu petunjuk ialah saiz bayi anda – lelaki selalunya lebih berat daripada perempuan.

Bayi pada umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 6.8 hingga 7 paun / 3 hingga 3.2 kilogram dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang akan membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran.

Sistem-sistem organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.)

 

Adakah anda tertanya-tanya apakah warna mata bayi anda?

Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan – mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun.

Kanak-kanak kacukan bangsa selalunya mempunyai warna mata yang betul-betul cantik. Bayi keturunan Eropah selalunya mempunyai mata berwarna biru gelap dan warna sebenar – coklat, hijau atau biru – mungkin tidak akan muncul untuk beberapa minggu atau bulan lagi.

Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan – dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal.

Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan – walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Info dari : BabyCenter Malaysia

#10 Wordless Wednesday

On July 27, 2011, in Wordless Wednesday, by Sumijelly

Masa semakin tidak mencukupi bagiku……..

On July 26, 2011, in Blog, Kehamilan, by Sumijelly

masa

Oh tidak….. hari ini dah 26.07.2011……… nak sampai ke 31.07.2011 hanya tinggal 5 hari sahaja.

Untuk kerja-kerja pejabat pula aku hanya memiliki 2 hari lagi waktu bekerja… esok aku cuti sebab nak gak check up untuk 38 minggu dan minggu terakhir sebelum bersalin…

Alahai…. terasa cepat tul masa berlalu….. semakin tak keruan dah nie.….huhuhuh

Nota kaki : risau..risau..risau

tepayankki

Yeah……. lunch tadi dapat gak g makan kat TEPPANYAKI The Mall….

Gagah kan juga la kaki ni walaupun dah tak larat nak jalan…… kejap-kejap berhenti, kejap-kejap berhenti……hahahaaha

Tak per, minggu ni jer last wei… pas ni kene pantang dah..hik3……..

Nota kaki : emm… apa lagi nak makan pas nie yek!!hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...