2011 September

Ahad lepas, aku sertai event dari Huggies Ultra. Acara ibu dan anak la kiranya…

Jadi aku bawa Huzaiman dan Danial pergi. Senang sikit bawa Danial, sekurang2 nya dia leh tolong angkat barang sikit..hahaha

Ini la acara yang pertama kau hadiri selepas 2 bulan duduk di rumah menjaga Huzaiman… sebaik leh bawa Huzaiman, kalu tidak sure aku tak joint…

huggies

Acara ni more kepada ‘exercise’ la antara ibu dan anak…

Huzaiman la yang akan bersama2 ngan aku joint exercise tu…seronok tau!

huggies

Ohw… ini masa dah balik… memula pakai baju senam, pas tu tukar baju kurung.. sebab pas acara ni aku terus bergegas pergi ke perkahwinan kawan sekolah.

Nanti aku citer apa yang best g acara ni…. dan seronoknya dapat satu beg Huggies Ultra tuk Huzaiman..Yeahh!!

Wah..sedar tak sedar, cepat utl masa berlalu. …. Huzaiman sudah pun berusia 60 hari bersamaan 2 bulan….

1 hari

30.07.2011 – 1 hari

Ini adalah wajah semasa sehari selepas kelahiran… sangat kecil jer aku rasa masa ni.. berat pun 2.94 kg jer….dan sangat baik jer.. sepanjag duduk di wad, tido jer kerja dia..

kengkawan sebelah katil menangis pun dia x kesah langsung…hehehe

30 hari

27.08.2011 – 30 hari

Ini usia nya semasa 30 hari.. lagi beberapa hari nak menyambut syawal… anak ramadhan sungguh dia ni.. tak meragam betul sepanjang aku berpantang.

Jaga dan merengek apabila lapar, berak dan nak tido jer..hik3…

60 hari

26.09.2011 – 60 hari

Ni wajah pagi ni.. belum bangun tido lagi walaupun aku tengah mengadap komputer nak update blog nie..

Tengok…tengok, bertapa senang nya menjaga Huzaiman. Janjji dia kenyang dan pampers sentiasa kering jer… pas tu mesti dia lena sampai la dia rasa lapar baru bangun…

Wah.. semakin berisi dah anak aku.. dan alhamdulilah.. stok bekalan susu badan pun semakin bertambah.. insya allah, andai dapat aku teruskan.. ingin sampai ke 2 tahun,, AMIN

Dan sedar tak sedar aku ada lagi 30 hari bersamaan 1 bulan untuk menghabiskan cuti bersalin ni… dan selepas itu akan mula bekerja kembali.

Alahai..rasa cam sayang jer nak tinggalkan Huzaiman kat TASKA, macam nak jer bawa dia g kerja duk sebelah aku senang aku tengok2 kan dia… ala.. dia kan baby lagi, kan nya leh berjalan-jalan ke sana ke sini macam Zulfadhli…huhuuh..

Kalu boleh bawa g opis, dah lama aku bawa, tapi apakan daya.. keadaan tidak mengizinkan..huhuhu… jadi nak luangkan masa lagi 1 bulan bersama2 dengan Huzaiman dengan penuh bermakna..hehehe

Zaman IT merubah segalanya…….

On September 22, 2011, in Blog, by Sumijelly

status

Dulu tingat aku zaman dulu2.. tahun sebelum kahwin la…

Email la penyambung hubungan antara kawan..tanya khabar melalui emel. tanya alamat melalui emel.. sekarang zaman makin canggih… ada FB, TWITTER,BBM, Skype wah..banyak la jugak..

Surat pun sama.. ada pen pal dulu.. api sejak ada FB ni.. tanya khabar pun guna FB, walhal dulu sanggup tulis surat berjela2 citer dalam 2-3 helai tapi  sekarang… pergi jer kat FB kawan aku tu, pas tu tulis “kamu sihat? anak bagaimana? kirim salam sumer” mudah sungguh kan?

Korang ada lagi yang masih menggunakan EMAIL secara aktif selain FB dn Twitter bertanya khabar? hahahaha. Aku rasa, surat lagi la tak der dah.. kalu tidak sure posmen hari2 datang rumah..keh3

okla.. itu aja isu yg aku nak kupas petang khamis.. kat luar mendung jer… tunggu ujan pun tak turun..hik3

 

Apabila Huzaiman jalan-jalan makan angin

On September 22, 2011, in Anak-anak, Baby, Blog, by Sumijelly

Wah… sejak habis pantang. benda pertama aku nak sangat buat adalah memandu kereta…hahaha.,

Ialah.. sebab nak kuar trumah nak g jenjalan, walaupun tak tahu kemana nak pergi..hahhaa. Tapi tak kisah la..janjji bawa Huzaiman kuar jer.. nak kasi dia melihat dunia luar.. eceheceheceh…. alasan tak munasabah langsung kan?

huzaiman

huzaiman

Okey.. aku drive, dia duk dalam car seat baby…

Sangat diam sepanjang pemanduan.. hehehe.. sesekali merengek, mungkin sebab terasa panas kene cahaya matahari kot…

Saja jer test skill memandu sambil membawa si kecik ni kan…. eh.. korang hingat aku kuar berdua jer ker?? oh tidak… berempat okey…..

1

tu dia.. lagi 3 hero kat belakang… aku tak tahu apa derang buat.. yang nyata dok main2 kat belakang.. kejap2 gaduh.. kejap2 sorang mengadu..kejap2 sorang menangis…hahaha

Pening kepala aku … lantak la.. janjji huzaiman tak nangis … kalu dia nangis, memang kene berhenti gak…..sebab nak menyusukan dia…hahaha

Tapi so far ok la bila bawa mereka jalan2 naik kerete… iyerlah, cian anak-anak aku.. sabut ahad my IR ada jer kerja nak buat, nak repair kerete la, nak g pasar la, nak rehat la.. jadi nak tak nak, aku la yang membawa mereka sementara..

Tapi akan datang pas aku masuk kerja…akan menjadi seperti biasala.. menjadi seorang ibu yang sibuk bekerja dan menguruskan anak.keh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...