2011 December

Sejak ada UniFi ni…………

On December 21, 2011, in Blog, by Sumijelly

huzaiman

Comel tak saya?? hehehe… ok gambar ini adalah selingan untuk entry saya yang semakin hari semakin kurang dah entry nya… kerana….

Sejak ada UniFi ni…………

  • makin malas pula nak update blog padahal dah ada internet laju
  • dah lama tak tengok cerita kat astro
  • semakin kerap update status FB dan upload gambar sebab guna HP aja…
  • makin rapat dengan si kecik, sebab nak online sumer guna HP aja
  • tengok filem sumer melalui You Tube kat TV aja

Jadi kesimpulan nya….

Saya semakin malas nak update kerana BANDWITH blog sudah semakin hhaaaaaaabbiiisssssss……… gara-gara entry adik saya la ni…grrrrrr

Jadi buat masa ini, entry mungkin akan berkurangan juga, sebab saya semakin sibuk menguruskan kerja-kerja akhir tahun di pejabat…hehehe

 

Danial, Phineas and Ferbs Events

On December 16, 2011, in Blog, by Sumijelly

Salam Jumaat kengkawan…hehehehe

Hari ni nak citer pasal Event yang saya dan anak bujang saya pergi pada 14.12.2011…. eh.. baru pasan.. itu adalah tarikh lahir adik saya Sekilass

Ala.. dia dah besar, dan dah ada suami untuk wish dia.. jadi kita lupakan dia sebentar..keh3

disney event

Event Phineas and Ferbs ni di adakan di Hilton PJ pada pukul 3 petang.. sebaik datang dalam kul 2.30 petang. sebab nak cari parking… perghh.. punya la lama…

Maklum la, nak park kat dalam Hotel Hilton rasanya sangat mahal kannnnn… jaid park sebelah hotel bawa jambatan.. murha sikit.. 1 jam baru RM0.60 jer.. dari setiap jam RM4.00 hehehe

disney event

Suka la Danial bila dapt g majlis macam ni.. ialah sebab ia mibatkan kartun kannn………

Tapi sebenarnya kir ni hadiah hari jadi la.. g bawa Danial g Majlis Disney ni… kang klau tak di bawa nanti di tuntut nya yang bukan-bukan..letih ibu nak layan..hehehe

Sampai sana masih melilau mencari blogger yang di kenali..emmm…. nampaknya tak ada, tapi tak sangka terperasan kak Ayu… hehehe

Sebaik ada kak Ayu…leh la berborak dan satu meja ngan dia..

disney event

disney event

Tu danial g wat letak pelekat kat tangan….

Sap suh letak kiri kanan lagi ko. dan jangan tak tahu, siap bawa ballik satu kertas pelekat tu.. nak buat kat rumah… Tapi kalu sampai kat rumah, memang aku malas nak layan la.. kang habis sumer kaki tangan dia g tampal..hehehe

disney event

Tak menyempat-nyempat.. di sarung nya baju yang dia dapat dalam Goddies Bag tu…

Tapi baju tu besau sangat… tak perla.. ambik dan pakai jerla.. nanti dah besau lagi leh pakai balik…hehehe

disney event

Dan acara kemuncak, seperti biasa di tampilkan Maskot Phineas and Ferbs untuk acara bergambar bersama peminat nya…

Leh tak nak bagi tahu, bawa kamera tapi tak bawa bater kamera… hangin tul aku.. penat-penat charge bateri, leh lak lupa masukkan dalam kamera.. grrr……

Sebaik la NOKIA E5 aku ni berjasa.. walaupun gambar tak selawa kamera digital.. tapi leh la kan.. ada gak la kenangan…

Itu pun Kak Ayu tolong snapkan guna camera DSLR dia..hehehe.. **nanti emelkan gambar yek kak! hehehe

Phineas and Ferb ialah siri televisyen animasi Disney Channel yang mengisahkan pengembaraan dua adik-beradik tiri di halaman rumah ketika cuti musim panas. Siri kartun ini ditayangkan buat julung kali pada 1 Februari 2008 di seluruh dunia, selaku rancangan Disney Channel Original Series (DCOS) pertama yang bertayangan perdana serentak di seluruh dunia

Setiap episod Phineas and Ferb terdiri daripada tiga senario; iaitu senario utama yang menumpu pada Phineas dan Ferb, dan senario kecil yang melibatkan Candace dan rakan-rakannya atau Ejen P dan Dr. Doofenshmirtz.

So, pada peminat cerita jangan lupa saksikan di Disney Channel (Astro 615) ya adik-adik!

Selamat Hari Jadi Danial yang ke 7!

On December 15, 2011, in Anak-anak, Blog, Hari-hari terpilih, by Sumijelly

hari jadi

Selamat hari Khamis!! Hari ni 15.12.2011 dan ini bermakna anak sulung saya Muhammad Danial sudah pun berusia 7 tahun… T.U.J.U.H !! perggghhhhh…. cepat tul dia dah besar kan??

danial

Sebagai seorang Ibu tiada apa yang dapat di beri.. cukupla berikan ia kasih sayang dan doa untuk sang anak…

danial

SELAMAT HARI JADI DANIAL!!

Samsung Galaxy Tab idaman hati….

On December 13, 2011, in Blog, by Sumijelly

samsung

hokey….. saya sudah mula menyimpan cita-cita ingin memilikinya… dengar kata ia Samsung Galaxy Tab ini sangat bestttttt dan ringan..hehehe

Baru nak simpan cita-cita… orang lain sumer dah berkurun memilikinya.. sedih kan??

Sedang saya melayari internet untuk mencari kelebihan Samsung Galaxy Tab ni, ada juga di kalangan mereka membandingkan Samsung Galaxy Tab dengan Ipad…

  • IPad 2 dikeluarkan oleh syarikat Apple dan Samsung Galaxy Tab 10.1 pula oleh Samsung. Hehe
  • Samsung Galaxy Tab 10.1 lebih ringan dan lebih nipis dari iPad 2
  • Samsung Galaxy Tab 10.1 ada RAM lebih laju iaitu 1G berbanding iPad 2, 500MB RAM.
  • Samsung Galaxy menggunakan Android 3.1 sebagai browser dan iPad 2 menggunakan iOs 4.
  • Kamera depan dan belakang Samsung Galaxy tab 10.1 lebih tinggi megapixelnya.
  • Samsung Galaxy tab 10.1 boleh menggunakan Adobe Flash dan iPad 2 tak boleh.

Tapi yang saya memang  tak mampu untuk memilikinya kerana HARGA nya yang mahal. emmm..nampaknya mulai sekarang saya perlu la menyimpan duit RM10 setiap hari untuk memiliki Samsung Galaxy Tab ni…

Agak-agak, bila tahun yek saya bakal memilikinya?? silap hari bulan, Samasung Galaxy Tab sudah ketinggalan kerana Tablet baru basti bakal menjelma…hehehe

Nota kaki : Ada tak sesiapa yang sudi nak hadiahkan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...