2012 January

Tawaran HEBAT sempena Hari Wilayah 2012!

On January 31, 2012, in Blog, Orang awam, Promosi, by Sumijelly

Sempena HARI WILAYAH PERSEKETUAN yang akan di sambut esok….. terdapat berbagai tawaran yang di berikan kepada orang awam.. antaranya ialah :

TAWARAN DBKL KEPADA WARGAKOTA

- Semua kompaun trafik yang dikeluarkan oleh DBKL sebelum 1 Mac 2011 dikenakan kadar sebanyak RM30. Pembayaran boleh dibuat bermula 1 Februari hingga 28 Februari 2012 di lokasi seperti berikut :

  • Kaunter bayaran di ibu pejabat Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut;
  • Kaunter bayaran Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak; dan
  • Semua kaunter bayaran Pejabat Cawangan DBKL kecuali Pejabat Cawangan Bukit Bintang dan Pejabat Cawangan Titiwangsa.

Nota :
Orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik untuk tahun 2008, 2009 dan 2010 boleh menyemak status kesalahan di laman web DBKL. Sementara orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik tahun 2007 perlu mengemukakan notis kompaun asal semasa membuat bayaran.

- Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan seperti futsal, tenis, badminton, kolam renang, squash, gimnasium, ping pong, padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan gelanggang takraw bermula pada 1 Februari sehingga 7 Februari 2012.

- Yuran keahlian percuma untuk semua perpustakaan DBKL sepanjang bulan Februari 2012.

- Percuma menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa pada 1 Februari hingga 7 Februari 2012.

- Penggunaan tandas awam DBKL secara percuma mulai 1 Februari hingga 7 Februari 2012.

 

TAWARAN DARIPADA PIHAK SWASTA

- Menaiki Hop on Hop Off dengan bayaran RM1 pada 1 Februari 2012 untuk pemegang My Kad.

- Bayaran masuk RM 1 ke Petrosains (utk kanak-kanak sahaja), Taman Rama-Rama dan Taman Burung untuk pemegang My Kad sahaja pada 1 Februari 2012.

- Diskaun 30% utk bayaran tiket Aquaria pada 1 Februari 2012.

- Bayaran ‘flat rate’ kepada pemegang MyKad iaitu RM 20 (dewasa) dan RM 15 (kanak-kanak) bagi menaiki KL Tower pada 1 Februari 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Ismail Stapa di emel : ismailstapa@dbkl.gov.my atau di talian : 03-2617 9801.

Huzaiman – 6 bulan

On January 31, 2012, in Anak-anak, Blog, by Sumijelly

huzaiman

Okey… sapa GERAM dengan budak ni?? sila tinggalkan komen SEKARANG!! hahaha

Tengok la.. kalu senyum.. omak aik.. comel jer… rasa mau gigit-gigit dia jer..hik3…

Pada 29.01.2012 tempoh hari, genapla umur Huzaiman 6 bulan.. perghhhhh….. cepat jer kan.. dah 6 bulan. Hingat lagi saya macam mana masa dalam pantang menjaga dia… alhamdulilah… dia memang kurang meragam. Tidur jer keje dia..hik3

huzaiman

7.5 kg

Wah… alhmadulilah, berkat perha susu dan juga menyusuinya secara berterusan tanpa tambahan makanan, beratnya smeakin meningkat. Mau nya tak naik, menyusu jerrr……. ngek sikit susu, ngek sikit susu.. mai tak naik bagai di pam..pam..hahaha

Setakat ni, dia dah pandai meniarap dan suka menlonjak-lonjak kan badannya ala-ala berenang dalam air...

okey la.. esok-esok leh la masuk renang berirama…hik3

huzaiman

Yang paling ketara, adalah suka memasukan jari dalam mulut sperti gambar di atas..Korang tengok la.. 2 jari sekali.. kekadang 4 jari pun boleh okey…hik3…

Saya memang tak ajar anak saya menggunakan puting susu untuk di sumbat ke mulutnya. Pernah beli dan pernah cuba tapi di luak nya balik. Mungkin sedap lagi kot hisap jari dari isap puting..keh3…

Okla.. pemeriksaan akan datang ialah SETAHUN. Tapi tak per, insya allah, masa dia 7 bulan saya akan cuba update klau sempat g klinik untuk timbang.. keh3

Enrich Voucher, apa mau buat??

On January 30, 2012, in Blog, by Sumijelly

enrich voucher

Hari tu my IR tebus enrich voucher kat MAS website….

Dapatla dalam 7 keping enrich boucher ni.. masalahnya, apa aku nak buat ngan enrich voucher nie??

Ada sesiapa pernah guna tak enrich voucher ni? apa benda yang dapat di beli kalu guna ni?? cer habaq mai sikit kat saya yang pest time nak guna..hehehe

Kek untuk Iskandar…….

On January 30, 2012, in Anak-anak, Keluarga, by Sumijelly

Hari Sabtu yang lepas, anak ke dua saya Iskandar sudah pun berusia 5 tahun. Tiada apa-apa sambutan untuk dirinya, sekadar membeli sebiji kek kecil untuk di makan sahaja…

kek hari jadi

Kek pilihan Iskandar, tentulah ada Angry Bird..hehehe

kek hari jadi

Bergambar sebelum acara memotong kek…

Pakai baju tidur jer, pasal beli pun waktu malam selepas makan malam.. jadi makan kek sebagai pencuci mulut..keh3

hari jadi iskandar

Potret adik beradik sebelum acara makan….

Tengokla gaya Danial mendukung Huzaiman… sudah boleh di harap sekarang Danial ni… dan yang pasti gambar ini memang saya suka tengok dan telah pun menjadi wallpaper di pejabat saya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...