2012 January

Keputusan Anugerah Juara Lagu 26

On January 30, 2012, in Blog, Lagu, by Sumijelly

Wah… tak sangka tul saya, semalam sepanjang-panjang anugerah lagu saya dapat tengok sampai ke penghabisan tu… hahahaha

Tapi sampai Lagu trio Beribu Sesalan tu… tu pun saya tengok melalui LIVE STREAMING TV3..hahahaha

Apa pun tahniah la kepada HAFIZ atas kemenangan AWAN NANO nya…. dan ini lah keputusan keseluruhan AJL26 semalam :

ajl26

JOHAN : Hafiz (Awan Nano)

Naib JOHAN : 3 Suara (Beribu Sesalan)

Tempat ke 3 : Faizal Tahir (Karma)

Manakala untuk vokal dan persembahan pula :

AJL26

Vokal Terbaik : Hafiz (Awan Nano)

Persembaan Terbaik : Alyah (Kisah Hati)

Apa-apa pun keseluruhan nya saya sangat berpuas hati, kerana semua peserta memang membuat persembahan yang TERBAIK!!!

Tapi baru saya perasan, sekarang ni untuk Juara Lagu, semakin lama peserta yang bertanding semuanya adalah dari GOLONGAN ORANG BARU … mana pergi nya ORANG LAMA yek??

 

Selamat Hari Jadi Iskandar yang ke 5!

On January 28, 2012, in Anak-anak, Hari-hari terpilih, by Sumijelly

hari jadi

Hari ni genap anak Kedua saya Muhammad Iskandar berusia 5 tahun…. wah…dah besar rupanya yek…cepat sungguh masa berlalu…

iskandar

Ini masa umur nya 3 tahun… sangat berbeza jika di bandingkan pada hari ini….

Dalam banyak-banyak anak, dia sorang saja yang PELAT..hehehe.. memang ikut ibunya la ni.. dulu ibunya pun pelat gak masa kecik..keh3

iskandar

Sekarang sudah pun bersekolah di PASTI Siti Sarah. Tak sangka betul.. cepat sungguh masa berlalu.

Tak lama lagi bakal pula menjejak kaki nya ke sekolah rendah…. makin lama tinggal la ibu berdua ngan ayah jer.. ialah, dah semua nya bersekolah..huhuhuh

Apa-apa pun, semoga anak saya ini bakal memberikan yang terbaik untuk ibubapanya. Semoga anak saya ini panjang umur dan juga murah rezeki tak kira apa pun yang di lakukan.

SELAMAT HARI JADI ISKANDAR!!

Bila Huzaiman naik kuda………

On January 27, 2012, in Blog, by Sumijelly

huzaiman

huzaiman

Sekali KUDA mainan jer…hehehe

Setelah 2 tahun 7 bulan…….

On January 26, 2012, in Blog, by Sumijelly

Ingat lagi masa mula-mula beli HOSTING dan DOMAI… iaitu 10.06.2009 masa tu…beli dengan NETKL

Memula beli yang berhagra RM60.00 dahulu……

netkl RM60

Maklum la.. saya dulu bila sebut nama blog Sumijelly.com pun orang gelak tau!!

Apa-apa tah saya merepek dalam blog… carca marba sungguh……tapi makin lama.. makin di kenali sehingga blog saya EXCEED LIMIT laaa….. nak tak nak terpaksa tambah bandwith menjadikan ia tinggi.

Saya ambik pula pakej RM100.00 + RM 31.60 (domain) dan berkongsi hosting bersama Adik saya di mana dia hanya perlu bayar RM60.00 sebulan dengan saya…

netkl RM100

Dengan pakej ke dua ni… saya berblog macam biasa, sehingga la satu hari adik saya telah membuat entry ‘panas’ hingga bandwith blog habis 20Gb dalam masa 10 hari bekerja…

Perghh……hebat tak hebat….tapi ia masih belum mencukupi lagi. Maklum la orang dah mula kenal sumijelly.com…

Jadi nak tak nak saya terpaksa naikkan lagi bangwith blog dengan membeli pake RM200.00 pula

netkl RM200

Harap-harap lepas ni mencukupi la sehinnga ujung bulan. Dengan 45GB sebulan, klau tak cukup juga la kan… tukar ke blogspot jerla… sebab bayar domain jer.. hosting FREE…hahaha

Tak per.. berblog ni pun rezeki juga.. selepas saya upgrade bandwith, tak pasa-pasal dapat ‘ang pow’ dari Nuffnang!! yeaaahhh!!

Jadi, saya tetap bersyukur walaupun tak la beribu-ribu yang masuk dalam blog saya, tapi sekurang-kurang nya sumijelly.com dah di kenali oleh semua!!

Baik ngaku, ada tak sesiapa tak pernah dengar Sumijelly.com?? cepat!!cepat!! huhuhu

Ada sesiapa mau beli DOMAIN & HOSTING dari NET KL??

>>>SILA TEKAN SINI<<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...