Wah….. memula hari tu saya tukarkan kad CIMB atm ke Kad Debit Master, kini giliran kad Maybank pula di tukar ke Kad Debit Visa.

Semalam kan cuti Hari Wilayah, jadi untung juga duduk di Negeri Selangor, sebab Bank kat Selangor buka… hahahaha. Apa lagi serbu la, bila lagi nak pergi kan. Anak-anak pergi sekolah, masa ni la ibubapa settlekan apa-apa yang patut kan?

kad atm maybank

Ni kad ATM Maybank EDISI TERHAD….. saya dapat masa pertama kali kad ATM Maybank di keluarkan dan saya la orang-orang pertama berjaya memilikinya (pergh…..macam riak la pulak…hehehe)

Lama sungguh ia berjasa dengan saya tau!! Sayang pula nak tukar kad baru…tapi sebaik la masa saya tukar kad ATM Debit tadi, staff maybank tu cakap leh simpan wat kenangan… fuh… lega rasanya…hehehe

kad visa debit maybank

Tadaaaa……………………..dah siap…eh senang gila la nak g buat… macam biasa lah :

  • Tanya kat kaunter pertanyaan cakap nak tukar kad ATM ke kad Debit Visa
  • Isi borang dan tunggu giliran
  • Serahkan Kad pengenalan dan kad ATM lama untuk pengesahan. (ohya di Cawangan Bangi, kalu Kad Pengenalan mempunyai masalah seperti kad tak boley baca, mereka susah nak proses, jadi pastikan anda bawa sekali buku simpanan untuk backup)
  • Bayar RM12.00 untuk pengeluaran kad Debit ni
  • Tandatangan memana yang patut dan terus dapat kad DEBIT VISA tu
  • G kat ATM tukar pin nomber dan SIAP!!

Ha… macam tu jer.. senang kan? adalah dalam 20  minit juga nak buat urusan tersebut… jadi kalu boleh pilih la Maybank yang tak ramai orang tau! Urusan melalui MAYBANK2U macam biasa, tak perlu pertukaran apa2… LOGIN macam biasa dn buat urus niaga pun macam biasa….

Dan seperti yang di ketahui… dengan adanya kad Debit Maybank ni boleh la shopping dengan senang hati tapi macam biasala kene la ada duitnya dalam bank, dah namanya DEBIT jadi kalu tak der duit dalam akaun macam mana nak DEBIT!!heheeh

AWAS juga untuk mereka yang menggunakan kad di PAM MINYAK, rasanya ia akan TOLAK RM200 dahulu walaupun nilai pam hanya RM50 dan dalam masa 3 hari bekerja baru akan di pulangkan RM200 ke akaun anda.

Jadi pada sesiapa pengguna PAYPAL memang amat berguna tau kad ni.. sebab senang nak keluarkan duit dari PAYPAL dengan hanya satu klik!!hehehe

Kini saya dah ada VISA dan MASTER Kad Debit…anda bila lagi??hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Responses to “Maybank Visa Debit Kad kini sudah dimiliki….”

  1. eliss says:

    me tak der akaun maybank tapi selalu ajer guna debit maybank . mcm mana tu ? hubby punyalah..lalalalalariksss
    eliss´s last [type] ..Menunggu Makanan Sejam Lebih @ Papa Seafood , Jeram

    [Reply]

    Sumijelly Reply:

    @eliss,
    haha.. hubby punya x per.. dia jer kuar duit..keh3

    [Reply]

  2. mrs adam says:

    wah bestnya cepat urusan.maybank puchong prima lembab gile.urusan daftar TAC number pun smpi tghari padahal dtg kul 9.15pagi tu.best la maybank bangi!huhu
    mrs adam´s last [type] ..Stesen ERL Salak Tinggi

    [Reply]

    Sumijelly Reply:

    @mrs adam,
    ye ker?? ishk.. kenapa mcm tu.. tak suka arr kalu g bank pas tu kene tunggu lelama…

    [Reply]

  3. Cik Norfa says:

    eleh…org lain dh lama ada arr…. kuikui
    Cik Norfa´s last [type] ..Akhirnya…Menara Jam menjadi saksi.

    [Reply]

    KiD Reply:

    @Cik Norfa, yea laaa.. orang dah pakai Master VIsa maaaa.. hik3
    KiD´s last [type] ..Cara Mudah Nak Jadi KAYA

    [Reply]

    Sumijelly Reply:

    @KiD,
    hahaha..diam ko peah!! hahaha

    [Reply]

    Sumijelly Reply:

    @Cik Norfa,
    ah..tak kira.. nak bagi thau gak…..hahaha

    [Reply]

  4. puanbee says:

    oh memang nk tukar ni , nak guna paypal hiks..
    puanbee´s last [type] ..Gambar Logo Halal Malaysia Yang Di Iktiraf

    [Reply]

    Sumijelly Reply:

    @puanbee,
    tukar la.. kak cumi br tukar.. tp tuk kegunaanbeli belah jer..hik3

    [Reply]

    puanbee Reply:

    @Sumijelly, eheh kad biasa yg kuning tu pun boleh kalau setakat nak beli belah kak..
    puanbee´s last [type] ..Maybank Visa Debit Kad Untuk Paypal ?

    [Reply]

    Sumijelly Reply:

    @puanbee,
    kad niasa tu ada sesetengah tmpt susah nak terima.. tu yg bertukar ke kad debit VISa hahaha

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge