Susu Tiruan dijual??

Bapa dakwa terbeli susu tiruan
GEORGE TOWN – Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung.
Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim.
“Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan.
“Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi,” katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram.
Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan.
“Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Nota kaki : Sebaik ornag tu sumbat susu tiruan, kalu dia sumbat DADAH?? tak ke naya ornag yang membelinya?? huhuhu
Article by Sumijelly, has written 2043 articles for Sumijelly.com
Pemilik blog 'Sumijelly.com'. Untuk maklumat lanjut sila usha sini. Jangan lupa follow sumijelly di twitter.
If you liked this post, you will definitely enjoy others too. Subscribe to the feed via RSS to get instantly updated for those awesome posts soon to come.









alaaaamak.. ada susu tiruan lak ke? adessss
[Reply]
fasz Reply:
February 27th, 2012 at 13:34
@KiD, yg minyak masak al-tahi tu tiruan tak? hehehe ~
fasz´s last [type] ..Pengalaman terbang ke langit untuk kali pertama
[Reply]
KiD Reply:
February 27th, 2012 at 14:08
@fasz, yang tu ori.. ia kat luar negara..
KiD´s last [type] ..Gambar Event di Nuffnang 5th Birthday Party
[Reply]
susu jenama apa erkk? ya Allah,moga anak2 kita sentiasa dilindungi Allah
eliss´s last [type] ..Safee Sali dan Gadis Litar Seksi di MotorXpo 2012, PWTC
[Reply]
Sumijelly Reply:
February 29th, 2012 at 20:27
@eliss,
nampak gaya mcm susu L**T***N la.. tp tak tahu la kalu brand lain…bhuhuhu
[Reply]
uish…susu tiruan…bhy betul skrang ni , mcm2 yg tiruan…telur la….itula…
fasz´s last [type] ..Pengalaman terbang ke langit untuk kali pertama
[Reply]
Sumijelly Reply:
February 29th, 2012 at 20:28
@fasz,
tu la pasal..kene hati2
[Reply]
Penang? aduh selamat Harraz minum susu ibu sekarang… bahaya juga ni.. kena jenis bapa muda macam kita ni (muda ye.. hehehe).. confirm2 tak tahu beza mana satu yang palsu
Myvitrd´s last [type] ..Bila Sidia Sudah Merajuk…
[Reply]
Sumijelly Reply:
February 29th, 2012 at 20:29
@Myvitrd,
muda la tuuuuuuuuuuu…hahahaha…..
x per… kalu terbeli apa lagi wat REPORT…huhuh
[Reply]
Sekali tengok macam susu sustagen plak..
Susu feveret anak aku tue..
fazrol´s last [type] ..Parti Birthday Nuffnang!
[Reply]
Sumijelly Reply:
February 29th, 2012 at 20:31
@fazrol,
hehehe… tak tahu la brand apa tu…hehehe
[Reply]
susu pun ada tiruan, pelik betul sekarang ni
sharinginfoz´s last [type] ..Apasal Sedih-Sedih Ni?
[Reply]
Sumijelly Reply:
February 29th, 2012 at 20:32
@sharinginfoz,
tu la.. risau kan.. ibu2 skrg ni dah la jenbis sibuk.. dah beli trs htr taska.. nampaknya pas ni kene buka dulu sblm htr taska
[Reply]
Lepas nie kena beli susu kambing…… bagus untuk antibodi badan….cuma mahal skit je la kan…
hazman aka species1980´s last [type] ..NUFFNANG Dress Code Theme :- BLUE from HEAD to TOE
[Reply]
Sumijelly Reply:
February 29th, 2012 at 20:34
@hazman aka species1980,
minum aja susu ibuuuuuuuuu.. habis citer…hehehe
[Reply]