HC Hot FM : Pilihan Sendiri VS Pilihan Keluarga

 

Hari ni kat radiao HOT FM pasal pilihan sendiri dan pilihan keluarga….

Sebagai ibu bapa memang la ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi mesti ada sebab-sebab tersendiri bila ibubapa memilih untuk anak dan anak pula menentang pilihan ibubapa…

Yang penting kene la berbincang antara kedua pihak. Di kesempatan ini nak juga la saya berkongsi kisah kawan saya yang pernah terjadi….

Pilihan KELUARGA :

Kisah ni berlaku pada tahun 1997 umur masa tu 17 tahun di mana selepas habis sekolah, kawan saya ni sudah mempunyai teman lelaki. Teman lelaki nya tidak la kerja yang tinggi hanya sebagai pemandu sahaja… pemandu apa x perlu la saya ceritakan.. hehehe

Ketika itu rasanya CINTA itu sungguh indah di mana segala nasihat ibu bapa tidak di dengar. Ibu bapanya cukup marah ketika itu kerana mengharapkan si anak dapat menghabiskan sekolahnya dan melanjutkan pelajaran untuk membantu adik-adik serta keluarga.

Lagi pun kawan saya ini anak sulung jadi memang tinggi la harapan ibu bapanya… nak buat macam mana…cinta remaja lagi kuat kot dari nasihat ibu bapa… sehinggala berlakunya sedikit ketegangan antara mereka berdua.

Ketika itu saya juga turut terlibat di mana tentulah saya memihak pada kawan saya hehehe…. Sampai satu tahap kawan saya nak KAHWIN LARI tuuuuu…….. hahaha… saya siap nak tolong dengan menghubungi dia setiap waktu serta menanya perancangan nya..

Masa tu kawan saya sudah bekerja bersama saya tapi di sebakan kes ini, ibu bapanya mengurung dia kerana takut dia dapat bertemu dengna teman lelakinya. Apa la dalam fikiran seorang remaja selain merasakan di kongkong dek kerana tidak dapat bertemu teman lelaki.

Ibunya mengurung kawan saya tu kerana merasakan LELAKI itu tiada masa depan dan tidak GENTLEMAN di mana cuba membelakangkan orang tua dalam bab perkahwinan. Jika benar dia seorang yang benar2 ingin berkahwin dengan anak nya kenapa tidak bertemu terus dengan ibu bapa teman wanitanya. Jadi saya sungguh buntu sehingga tak tahu nak buat apa. Saya nak ke rumahnya pun takut juga … tak pepasal kene halau lak..hahaha

Sehingga la sampai satu tahap, ibubapanya terus mendapatkan JODOH secepat mungkin untuk kawan saya itu. Merana la kawan saya dan meratapi hidupnya dengan merasakan ia akan musnah kerana tidak dapat berkahwin dengan pilihan hatinya. Lelak itu pula tidak dpaat buat apa2 melainkan menelan air liur jerla…hahaha

Ibubapa nya mencarikan LELAKI yang bertanggungjawab untuk dikahwinkan dengan anaknya… walaupun anaknya meronta-ronta tidak mahu. Saya yang mendengarnya cukup marah dan merasakan ibubapanya keterlaluan…eceh…ceh…. saya sendiri pun remaja… mcm la paham kan situasi ketika itu,…..hehehee

Akhirnya tibala masa hari perkahwinan kawan saya itu… dengan muka yang sungguh mencuka kawan saya terpaksa juga kahwin kerana paksaan PILIHAN Keluarga untuk mengelak teman lelakinya terus menerus menggangunya…

Tetapi… kini setelah hampir 14 tahun kawan saya kini amat BAHAGIA sehingga di kurniakan 2 orang anak. Saya secara kebetulan bertemu dengan dia dan pernah bertanya khabar dan nyata PILIHAN KELUARGA tidak salah untuk nya… dan andainya dia berkahwin juga dengan pilihan nya sendiri mungki dia tidak sebahagia yang di kecapi nya kini…

okla.. kisha ni pun dha lama berlalu.. yang penting ada pengajaran di sebalik kisah ini kan?? hehehe

Sehingga kini saya masih merindui kawan saya itu.. ada kala masih teringat tentang dia apabila menatap gambar perkahwinan nya…..dan benarlah bak kata orang CINTA ITU BUTA…

saya berharap kejadian init tidak akan berlaku kepada anak-anak saya.. saya akan cuba menyelami hati mereka apabila dewasa. Ialah.. jiwa remaja ni berlainan dengan jiwa dewasa di mana remaja memikirkan keseronokan bukan memikirkan jangka masa depan dan kesan2 nya…

Jadi ini adalah pengajaran untuk saya juga untuk diri sendiri di mana BERFIKIR dulu sebelum MEMBUAT KEPUTUSAN….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

  1. adda syuhada says:

    adda pun ada gk dgr hot fm pgi td..mmg tiap2 pg akan dgr dlm keta..adda plk kawin ngn pilihan sendiri..tp apa2 pun mesti dgn restu keluarga..alhamdulillah bahagia..(ecehhh kawin baru setahun)…panjang lagi rintangan hidup ni..harap2 bleh la survive nanti..doakan yer..

  2. z.zakri says:

    hmmm… payah jugak…nak ikut mana..kalu nk pilih sendiri payah..sbb tkder yg nak kita..kalau pilihan keluarga tk kenan pulak kt diri sendiri..hahahah

Leave a Reply