Alhamdulilah, dapat no 2 dari 15 pelajar……..

Hari ni saya lambat pergi kerja… sebab nak pergi ambik kat laporan sekolah anak saya… oh ya.. ramai sangat anak kan..mesti ramai nak tahu anak yang mana satu?? hik3

Ini lah dia anak bujang saya… ceh.. sumer pun bujang la.. mana ada anak dara..hik3… Iskandar… sekarang usianya dah 5 tahun. Jadi dia punya kad laporan la yang saya kene g ambik..hik3

Dah habis peperiksaan, sekarang keluar pula keputusan kan?? Sepatutnya hari Ahad, tapi Ustazah nya tukar pada hari Jumaat… nak tak nak, terpaksa saya datang pagi…

Ini lah sekolahnya… di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Pasti Siti Sarah.

Dekat la juga dengan rumah saya.. jadi senang sikit nak hantar dan jemput dia… dulu Danial merasa naik bas sekolah, bila sampai Iskandar, saya lagi rela hantar dan jemput dia…

Jadi saya hantar Iskandar lewat sikit, sebab nak jumpa Ustazah nya…

Dapat kad laporan nya… alhamdulilah.. betul la selama ni dia cakap dia dapat no 2 dalam kelas… hehehe.. ingat dia main2…

Maca tak percaya jer… sebab kalu kat rumah dia suka menyakat adiknya dan buat saya geram…..hehehehe.. tapi jika benarla di sekolah dia amat mudah menerima pelajaran. Saya patut berterima kasih pada Ustazah nya kerana berjaya membimbing dia menjadi sebegitu…

Saya tanya juga perkembangan dia di sekolah macam mana. Ustazah nya cakap, IQRA dia dah masuk buku 2, dan dia jenis yang rajin membantu di sekolah. Tapi memang pun.. kalu kat rumah.. dia rajin gak.. tpai ikut mood..hik3

Saya doakan dia akan sentiasa maju dan kekalkan prestai nya sebegini sehingga bila-bila… ishk… apa yek hadiah nak bagi dia… ingat nak belikan dia basikal la.. ok tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply