Novel : Takdir Itu Milik Aku
Penulis : Siti Rosmizah
Halaman : 1055 m/s
Harga : RM 33.90

Sinopsis
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji.

Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka…..

Sepanjang-panjang saya membaca Novel ni… memang sangat-sangat menyentuh rasa dan perasaan. Saya seperti dapat merasakan segala penderitaan Dian. Dari Bab 1 -66 air mata saya tak henti-henti tumpah sepanjang pembacaan saya… perghhhh….sebaik saya baca masa tu my IR tak ada.. klau tak mesti lagi tak concentrate nak membaca..hik3

Sebelum saya membeli Novel ni saya cuba juga mencari sesiapa yang pernah ‘review’ novel ni. dan saya terjumpa ada satu blogger kata :

jalan cerita tu lebih kepada novel semata-mata, bukan realiti.

Itu kata pemilik blog tersebut tapi TIDAK bagi saya di mana cerita nya memang sangat REALITI. Walaupun tidak semua tapi memang ada yang sebegitu….

Dah nama pun novel untuk pembacaan jadi tak semestinya kene REALITI kan? Kita membaca bukan untuk mencari cerita yang berkisar kehidupan itu wujud atau tidak.. sebenarnya MAKSUD yang tersirat di dalam novel tersebut.

Pandangan saya :

Kisah dari seorang budak miskin dan lurus bendul dan terpaksa hidup di dunia yang penuh dengan tipu muslihat dan juga hasad dengki. Walaupun pun begitu hidupnya… dia tidak pernah tidak bersyukur dari menyebut nama Allah swt di bibir di kala senang atau susah… Saya amat tersentuh dengan hidup Dian yang tidak sudah-sudah asyik di timpa kesusahan. Tapi di sebabkan kesabaran dan juga ketabahan nya… TAKDIR ITU MILIK nya juga……

Suka saya menyatakan bahawa (ishk..asal tetiba macam skema ayat ni) MEMANG PATUT anda memiliki NOVEL ini jika anda memang penggemar NOVEL……

Saya memang sarankan untuk anda beli, baca dan simpan untuk KOLEKSI… mana la thau boring-boring leh baca lagi dan nanges lagiiiiiiiiiii….hik3….

Ok..lepas ni saya kene cari Novel Andai Itu Takdirnya pula…huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Responses to “[NOVEL] Takdir Itu Milik Aku oleh Siti Rosmizah”

  1. farra says:

    baikkkk… nanti akan cari d popular…

    farra dah baca “awak suka saya tak?” dari melur jelita. best jugak…
    farra´s last blog post ..handbag2 yang berkenan di hati…

  2. Hurmmm…. sapu la air mata ngan TISU KLEENEX kan….. hehehehe
    hazman aka species1980´s last blog post ..Harga Tiket Masuk KL BIRD PARK ( Taman Burung Kuala Lumpur )

  3. eyriqazz says:

    wahh,tak lama lagi mesti sumi jadi penulis novel..byk novel beli ni…

    Aku ada cadangan tajuknya:

    “Dua Tiga Siakap ku Cari, Akhirnya Masuk ke Dalam Kuali”
    eyriqazz´s last blog post ..Anmum Materna Kini dengan Probio DR10 dan Prebiotic

  4. Nurul says:

    bestnyer kak.. nak pinjam boleh.. hehehehe
    Nurul´s last blog post ..Wordless Wednesday: Purplenya U All

  5. memang best sgt!!!!

  6. Ujie Ssmin says:

    bg sya,novel andai itu takdirnya lagi best dr crta ni..tp sebest manapun andai itu takdirnya..best lg cinta kau dan aku.. syok sbb jln crta ada suka ada duka.. xla sepanjang pbacaan tu sedih je.. ni kita ada gelak2, ada sedih2 jg pastu ada yg buat kita kagum… hehe selamat membaca…

  7. idris says:

    Salam..dapatkn novel dari sy idris 0197572985 utk diskaun istimewa..

  8. nalyn says:

    NoVel TaKdIr ItU miLik aKu MeMaNg BeZt2. . . . TeRhArU bILA bCe Ley WaT oRg nAnges. . . . suNgGuH mEnyAyAt hAti kIsAh nOvEl InI. .

Leave a Reply

CommentLuv badge



%d bloggers like this: