Rumah Homestay di Gambang

Ok..dah citer pasal kisah kat GAMBANG.. la x tahu ker?? ok.. ni saya kasi link nya.. sila baca yek…

Jadi kali ni nak cerita kat mana pula saya menginap…

Mesti ramai tertanya… kat mana pula saya menginap yek??? Ala… saya mesti la pilih HOMESTAY

Sampai saja di Gambang saya terus call pemegang kunci ruma tu… dan kami berjumpa di persimpangan jalan depan Gambang jer….

Rumah ni betul2 terletak depan BUKIT GAMBANG tu… rumah ni di Taman Damai Gambang… memang sangat dekat la.. dan senang jer cari area rumah ni…

Ni adalah ruang tamu rumah tersebut….suka Huzaiman bila smapai umah… terus merangkak2 sekeliling tu…hehehe

Ada meja, kerusi dan yang penting.. ada ASTROOOOOOOOO!!! Yeahaaaa……..

Habis anak-anak saya buka KARTUN jer sepanjang hari….. maklumla.. kat rumah saya tak ada ASTRO…hehehehe

Ini pula bahagian belakang di mana ada tempat memasak, meja makan dan juga peti ais…

Pinggan mangkuk, cawan, periuk nasi, periuk belangga sumer ada la.. tak perlu risau la kalu duduk situ… kedai pula berhampiran.. nak masak2 pun senang…

Tapi saya tak masak, saya hanya tapau lauk dan nasi di luar dan makan di rumah aja.. senang.. maklumla.. anak ramai.. kalu tak pecah pinggan mangkuk kedai, leh pecah pula suara saya kang…hahaha

Ini bilik tidur belakang… ada AIR COND tau……. katil tu saya cantumkan dia jadi lebar la.. leh muat 3 anak bujang saya….

Ada lagi 1 bilik, lupa nak snap….. di bahagian depan tp tak ada AIR COND la.. hanya kipas… kalu dah kipas sumer pun tak nak masuk bilik tu kan?? hehehe

Ni pula bilik UTAMA… katil Queen… ada almari, dan juga bilik air di dalam…

Sejadah juga dia ada sediakan untuk kita bersembahyang… jadi tak perlu la berebut2 sejadah yang saya bawa 1 jer…hahaha

Dekat kan?? leh nampak dari kawasna perumahan ni jer BUKIT GAMBANG RESORT CITY…hehehe

Sebenarnya kan…. memang kat situ terlalu banyak RUMAH HOMESTAY… boleh di katakan sederet rumah yang saya pergi menginap tu.. memang HOMESTAY…. kira kalu g reamai dengan kengkawan, leh la dapat rumah sebelah-sebelah kan??hehehe

Tapi rumah yang saya menginap ni berharga RM170.00 untuk 2hari 1 malam. Jadi ini adalah rate pada Bulan July 2012. Saya tak tahu la kalu lain kali sewanya akan meningkat mengikut peredaran masa dan keadaan ekonomi kan…

Kalu berminat boleh la ke blog HOMESTAY pemilik ini di :

>> HOMESTAY GAMBANG<<

atau boleh hubungi : En.Rizal 019-9793600 / 017-9219476

Kan kat Resot City Gambang tu ada Apartment ngan Hotel.. asal Sumijelly duk Homestay??

Oo…yela.. lupa nak bagi tahu la.. kenapa saya suka duduk HOMESTAY lagi dari duk kat Apartment @ Hotel situ…

  1. Senang leh parking kereta depan rumah
  2. Mudah angkut barang dari kereta ke rumah
  3. Mudah juga angkut anak-anak seramai 4 orang yang sumer kalu dah tidur, memang susah nak kejut mereka…
  4. Tak perlu naik turun tangga kalu tertinggal barang dalam kereta
  5. Terasa sedikit macam ala-ala balik kampung walaupun duduk HOMESTAY orang..hehehe

Hahaha…… okla kan… lagi satu.. jimat sikit kot dari kos menyewa di sana..hehehe

Cuma ada la sedikit kekurangan di situ.. iaitu tidak disediakan MESIN BASUH. Kalu ada best sikit la.. sebab menginap kat situ dah semestinya g mandi manda kan? Jadi kalu ada mesin basuh boleh juga dikeringkan baju tu.. sebab esoknya leh gak sambung mandi di Teluk Cempedak yang berhampiran situ…

Kalu tak dapat mesin basuh automatik sepenuhnya.. dapat yang separuh automatik pun jadilah… kan?? hehehe. Jadi harap pemilik HOMESTAY tu tak marah la.. sebb ni pendapat saya jer…hehehehe

Ok la.. pada mereka yang tercari2 tempat menginap.. boleh la ke sini dari sewa Apartment @ Hotel di dalam tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

  1. semut api says:

    salam. saya pernah menginap di berjaya homestay.juga depan taman tema ni.rumah semi-d.yang bestnya boleh parking dlm 4 buah kete.aircond dan mesin basuh pun ada.saya menginap 1 malam pada cuti tahun baru cina hari tu.cuma RM180 je semalam.ownernya very nice.trylah lak.nombor dia 0133778513

Leave a Reply to fazrol Cancel reply