Menjamu Selera di Bariani Kinrara Kafe (Bariani Ori), Bandar Kinrara, Puchong

Ok……..lambatnya saya update…….padahal dah makan dan kenyang dan dah lapar balik pun tak update lagi……… ok..ok…… maafkan saya..hik3

Pada 24.01.2013 sempena cuti Maulidur Rasul saya telah di jemput bersama beberapa blogger untuk merasa dan menjamu selera di Bariani Kinrara Kafe di Bandar Kinrara, Puchong…

Kafe ini terletak di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor bersebelahan dengan Taman Permainan di BK 5B. Berkonsepkan ala rumah kampong memberikan ketenangan ketika menikmati hidangan Nasi Bariani Ori dari Batu Pahat, Johor. 

Nasi Bariani begitu sinonim dengan Johor dan ini merupakan hidangan kebanggaan kami di Bariani Kinrara Kafe & Katering.

Kafe ini  menyediakan berbagai masakan bariani seperti ayam, daging lembu dan daging kambing dengan menggunakan rempah ratus asli terpilih, bermutu serta harum yang dibawa khas dari Batu Pahat, Johor dan ditambah dengan bahan-bahan segar seperti dedaun pudina, ketumbar, sup, tomato, lada hijau dan lain-lain.

Di petik dari : Website Briani Kinrara Kafe

Jadi tak payah la banyak ceritakan……. jom kita layan sekitar majlis perasmian Bariani Kinrara Kafe ni…

Untuk perasmian, di sediakan makana secara buffet……. tapi kalu korang datang tak derla buffet kan…. dilayan sebagai pelanggan la…

Duduk dan ambik pesanan, pastu pesanan akan datang…..hik3

Ruang makan nya yang cukup luas… boleh pilih sama ada ingin menjamu selera di dalam atau di luar. Serta sesuai untuk bilangan yang ramai untuk waktu kemuncak…… ala. waktu lunch la kan…

Terdapat kemudahan tempat parking di hadapan Restoran tersebut…….. jadi tak perlu risau kat mana nak parking kenderaan yek….

Setelah saya merasa makanan tersebut……. memang sedap…… terasa sungguh nasi yang lembut…… saya suapkan pada anak2 tanpa lauk pun masih lagi membuka rasa untuk makan.

Untukk daging kambing nya.. my IR kata sangat lain dari yang lain……..terasa rempahnya yang memang berbeza dari kedai makan yang biasa kami makan. Mungkin inilah rahsia pada rasa makanan tersebut. Resepi yang mungkin di cipta sendiri oleh tukang masak tersebut untuk dihidangkan pada pelangganyang menjamu.

Semua jenis daing, kambing,ayam di masak dengan begitu sedap sekali….. siap bertambah-tambah lagi….

Pada hari perasmian terdapat menu istime iaitu Ayam Panggang dan juga Kentang Salad……….Tapi tak tahu la kalu menu ini ada dijual ke tidak pada pelanggan…

Bila dah ramai anak ni…. agak susah juga saya nak makan betul2…….. nak makan pun kene ulang2…… sebab kejap2 tengok anak itu, pastu anak ini, pastu anak sinun, pastu anak sinin…hik3

Tu belum kira lagi menunggu ketibaan para blogger……. ialah.. kang sesat ker, lambat ker, dah dapat makann ker…….. tapi rasanya hari tu sumer blogger dapat merasa semua makanan tersebut…

Antara yang hadir dan sempat  saya jumpa adalah :

Cik Helena dan suaminya….

Dari kiri : Ladfeamir dan isteri, Faizal dan isteri

Yanmie 

Dan terakhir sekali..sampai sesat2 la….. Kak Ayu

Untuk mereka yang nak tahu harga di Bariani Kinrara Kafe ni…  ada saya snapkan menu dan harganya…

Jadi boleh la buat perancangan bila nak ke sana nanti ……..

Ada menu untuk ala-carte dan juga menu set yang boleh di jamu sehingga 3 orang….

Tapi menu ni mungkin bukan tetap….mana tahu jika ada permintaan lain atau ada penambahan menu baru akan di kemaskinikan oleh pemilik Restoran ni.

Jadi ini adalah sebagai rujukan jela untuk masa kini….. nanti takut bila korang pergi akan-akan datang menu berubah… jangan lak terkejut…hik3

Jadi sebelum pulang saya berposing bersama 3 orang blogger dan juga pemilik bersama Bariani Kinrara Kafe ni…. hanya Blogger Yana Halim jer tak sempat nak berjumpa..hik3

Dan tak lupa juga berposing gak bersama blogger2 ni sebelum pulang..hik3

Bersama isteri Faizal, Emma. Kalu rasa-rasa nak cari makeup artis ker, makeup kahwen ker, bertunang ker, leh la cari dia… dia memang pakar ok…Sila kontek suaminya la yek……sebb saya x ada pula no kontek si Emma ni….hahaha

Helena……. sarat-sarat pun datang…… nampak sangat x leh jalan jauh-jauh……hik3. Dia dah sarat ni…. giler besar perut nya…. so…. saya agak dia mengandung anak LELAKI kot….. nama pun agak ok…. klau salah tak kisah..hik3

Selamat menimang cahaya mata yang pertama yek Cik Hel…

Yanmie….ibu dalam pantang.eh silap..dah nak habis pantang pun datang ini kan pula ibu yang mengandung kan?hik3…

Kejap jer Irfan dah besar……. mak dia ligatla berjalan.Ibu zaman moden…. saya dulu pun tak reti duduk diam…… tak cukup sebulan dah turun naik tangga…… tapi pelan2 la…..hahahaha

Ok. pada yang ingin mencuba masakan Bariani Kinrara Kafe ni….. boleh la datang untuk mencuba.

Alamatnya seperti berikut :

Bariani Kinrara Kafe & Katering
No.2 Jalan BK 5B/3
Bandar Kinrara
47180 Puchong
Selangor Darul Ehsan
Tel : 013 – 644 1717
Website : www.barianiOri.my
Email : kinrarabariani@gmail.com

GPS Koordinat :
Latitude : 3° 2′ 13.82″ N / 3.037173
Longitude : 101° 38′ 18.81″ E / 101.638557
Google Map : http://goo.gl/bNDbO
Download Map

Datang Jangan Tak Datang….. JOM BARIANI !!!

**GIVEAWAY BAUCER MAKANAN**

Jadi untuk menghargai pembaca sumijelly.com ni……. saya dengan ini berbesar hati ingin menghadiahkan 2 baucer makanan bernilai RM35.00 untuk menjamu selera di Bariani Kinrara Kafe ini yang sah sehingga hujung bulan Februari ini.

Senang jer……. di sebabkan hanya ada 2 baucer jer……… jadi saya buat secara cabutan bertuah jerla yek….

Sila tinggalkan komen “Saya ingin menjamu selera di Bariani Kinrara Kafe” di kotak komen bawah sebelum pukul 5 petang 04.02.2013 dan saya akan umumkan pemenang pada entry berikutnya.

Jadi jangan lepaskan peluang……. nanti dah cuba mana tahu sedap boleh promote kat kawan2 lain pula…

Jangan lupa “Saya ingin menjamu selera di Bariani Kinrara Kafe” yek!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

  1. alyrds February 4, 2013
  2. akubiomed February 4, 2013
  3. Katak Comel February 4, 2013
  4. hazman aka species1980 February 5, 2013
  5. yanmie February 5, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge