Astro Best dan Astro First membawakan filem-filem blokbuster terkini terus ke rumah!

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQwqXcBrC1VaLsGrewvW2LqDXs0f-y97U0Jq8R1JQ2Ahd7-UHAq

Sapa tak kenal ASTRO?

Rasanya rata- semua rumah ada miliki perkhidmatan ASTRO kan?

Sekarang ni rancangan kat Astro hebat-hebat belaka…… macam-macam la ada kan? Nak pulak sejak ada Astro Best dan Astro First… lagi la menyenangkan pelanggan ASTRO kan?

Yela, tak perlu lagi nak pergi beratur kat kaunter tiket atau pun nak g keluar rumah lepas tu kene pula tempat yang selalu jem semata2 nak g tengok wayang. Nak pula kalu yang ditayangkan tu filem kegemaran dan best2…. lagi la kan..

Tu belum lagi kalu yang berkeluarga nak keluar beramai-ramai nak g tengok wayan.. dengan anak2 yang kecil la, pastu waktu malam.. dan lom tambah kos makan minum semasa tengok wayang kan? hik3

Nah sekarang ni ASTRO dah boleh menikmati filem-filem tempatan dan antarabangsa
kegemaran korang melalui Saluran Astro Best dan juga Astro First tau!

Terdapat 2 saluran ASTRO yang boleh korang nikmati iaitu ASTRO BEST dan juga ASTRO FIRST.

http://2.bp.blogspot.com/-jCEX4qU6Uzo/UD8MVHQFT-I/AAAAAAAAKWc/lJsyQGuw3co/s1600/Astro+Best.jpg

Dengan Astro Best Saluran 481, korang boleh tengok filem-filem Hollywood dan Asia dengan selesa di rumah, dan kebanyakkan yang di tayangkan adalah yang terbaru juga disiarkan dalam format Definisi Tinggi (HD) lagi.

Harga sebuah filem tu pun hanya RM10 untuk setiap filem aja kot…….. dah la tu boleh pula ulang tayang selama 48 jam pada bila2 masa dari waktu pembelian. Maksudnya, kalu terlepas pagi, petang ada atau malam pun boleh kan tengok? kira2 dalam 12 kali la tayangan nya selama 48 jam tu.

Jadi boleh la tengok filem tanpa henti kan? konpem puas hati dan boleh hafal dialog punya!hik3

Sekarang ni ASTRO BEST tengah tayangkan  filem terbaru daripada Arnold Schwarzeneggar ‘THE LAST STAND’ yang akan disiarkan dari  15 Jun 2013, filem pengembaraan fantasi daripada Disney iaitu ‘OZ THE GREAT AND POWERFUL’ yang menampilkan Mila Kunis, Rachel Weisz and Michelle Williams sebagai ahli sihir, juga filem seram berjudul SIDE EFFECTS dan banyak lagi la. 

Dan tak lama lagi filem-filem hebat serta terkini seperti ‘CLOUD ATLAS’, ‘BEAUTIFUL CREATURES’ dan ‘WARM BODIES’  bakal di tayangkan.
 

 http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQpa6BfgvB8POxnIfEY4tD5EMUXEOQJhqQPDPfW0yzOjn2haQtteQ

Dengan Astro First pula, untuk para peminat filem tempatan dan serantau juga boleh menonton pelbagai filem menarik daripada pawagam terus ke rumah di Astro First Saluran 480, seawal dua minggu selepas tayangan di pawagam hanya pada RM15 untuk sebuah filem!

Sekarang filem-filem blokbuster terbaru seperti ‘Lari’ lakonan Aaron Aziz, ‘Biker Kental’ yang menampilkan Awie, ‘Bro, Nampak Motor Gua?’, ‘Kil’  dan juga ‘Get Together’ sedang ditayangkan!

Cepat-cepat , jangan ketinggalan untuk menonton filem-filem Hollywood & Asia serta filem tempatan & serantau. Kini, pelanggan NJOI juga mampu untuk mengakses kepada Astro First dan Astro Best melalui perkhidmatan prabayar iaitu Prabayar NJOI lantas meluaskan jangkauan kami,

3 Langkah Mudah untuk menikmati Astro First & Astro Best :
  • Pergi ke saluran portal media Astro First di Saluran 480 ataupun portal media Astro Best di Saluran 481
  • Tekan butang biru pada alat kawalan jauh Astro untuk memilih filem pilihan anda. 
  • Tekan butang biru tersebut sekali lagi untuk pembelian filem pilihan anda. 
  • Kod SMS 13 digit akan dipaparkan di kaca televisyen. Kemudian SMS kod ini ke 32999. 
Dalam tempoh 5 minit, satu SMS pengesahan akan dihantar kepada pelanggan dan filem tersebut sedia untuk ditonton. Setiap pembelian akan dikenakan caj terus ke bil semasa pelanggan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro First, sila layari astroworldofmovies di laman Facebook.
Selamat menonton filem-filem kegemaran korang yek!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply