[REVIEW] Sejoli : Misi Cantas Cinta

Ok… tau.. tau.. citer ni dah basi.. 20 Februari tu hari dah ditayangkan kat pawagam….

Tapi baru sekarang tengok kot… maklum la Astro First dah menayangkan filem ni kan?? nak g panggung wayang bawa anak-anak cerita ni? heei… tak payah la.. buat bising adalah..hahaha

Sinopsis :

Sejoli mengisahkan Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palarae) mencari ketenangan di Phuket selepas mereka kecewa dengan pasangan masing-masing. Mereka tidak mengenali satu sama lain tetapi menjadi kawan baik selepas meluahkan masalah cinta yang mereka lalui sebelum ini.
Mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, tapi dalam pada masa yang sama mereka masih gagal untuk melupakan bekas pasangan mereka. Dan, apabila mereka mendapat tahu yang Nita akan berkahwin dengan Hardy, mereka bercadang untuk merosakkan perkahwinan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula bekas pasangan masing-masing.
Berjayakah misi mereka?
Dapatkah hubungan cinta yang lama dikembalikan?

 

**********************************************

Saya memang peminat dengan pelakn Bront Palare ni.. suka tengok dia berlakon… walaupun dia dikategori bukan pelakon kacak, hensem dan gagah perkasa.. tapi watak yang dia lakonkan semuanya membuatkan dia menjadi kacak, hensem dan gagah perkasa…….hahahaha

Lakonan dia memang bersahaja….. dan ok la kalu nak tgk citer ni.. cuma macam x berapa bestla sgt jalan nya…hahaha

Untuk layanan waktu kosong boleh la.. sebaik tak tgk wayang.. x derla rugi sangatkan??hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply