Akasia : Kerana Terpaksa Aku Relakan

Ayoooooooooo…yooooooooooo…. habisla.. habisla… 14 July adalah episod terkakhir …

Sapa tengok citer tu???

Pelakon utama yang lelaki tu pest time berlakon watak utama kan? Amar Bahrin…. syok tul tengok dia berlakon..kene lak tu wataknya jadi Tajul Razin…

Meh baca sipnosis dia jap :

Akan datang di Slot Akasia, drama adaptasi dari novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan ini akan bersiaran selepas Aku Isterinya. Hero dan heroin, Amar Bahrin, Izreen Azminda.

Sinopsis novel. Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata.  Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
Sumber: Karyaseni

 

*********************************************

Ishk………….. nampaknya macam kene jer beli  buku ni…..

Memang menjadi la watak Izreen dalam citer ni.. belum lagi masuk citer kakak tirinya dan emak tirinya..hehehehe

Okla… kalu tertinggal episod lain, boleh jer tengok di mana-mana blog… ada jer yg uplod…

Selamat menonton…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

  1. ieda says:

    SALAM…
    selamat berpuasa….lama dah tak bersapa di alam maya…hihi

    best jg cerita ni tapi akak tengok gitu2 ja…suami akak yang melayan habis…

Leave a Reply