Pemilik Blog Atau Forum dikenakan GST Mulai 1 April 2015

GST

GST? Goverment Service Tax ? atau dalam bahasa malasia GCB…

Sebelum tu kene la paham dulukan apa maksudnya kan??
Apa itu CBP?

CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.

CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.

CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan  diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.

Asas utama CBP adalah ciri-ciri kawalan kendiri (self-policing) yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak Kerajaan dan juga peniaga. Oleh itu, sistem penyampaian Kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.

Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.

“Sejak beberapa dekad yang lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem CBP berperingkat. Hari ini, hampir 90% penduduk dunia hidup dalam negara dengan CBP, termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India.

****************************************************************

Jadi bila ura-ura di katakan GST akan di kenakan untuk Pemilik Blog atau Forum…. saya dah mula cuak??

Berapa sangat la pendapatan yang dapat di jana untuk kami yang  bukan la tingi jumlahnya….

Pemilik laman blog (web) atau forum turut kena GST mulai 1 April 2015. Setelah pelaksanaan GST dijangka akan dilaksanakan mulai awal bulan April 2015, kesemua pemilik blog (website) atau forum yang menjana pendapatan menerusi platform tersebut tidak akan terkecuali untuk membayar cukai GST.

Manakala, platform online yang tidak menjana menjana pendapatan atau dibina sebagai untuk tujuan peribadi tidak akan dikenakan GST. Seperti sedia maklum, pelaksanaan GST yang menggantikan sistem cukai sedia ada iaitu SST adalah berkonsepkan menyeluruh dan adil dimana semua perkhidmatan/ perniagaan secara online mahupun offline wajib membayar cukai tersebut.

Sumber: Pemilik Blog Atau Forum Turut Kena GST Mulai 1 April 2015 | melvister.com

Emmmm……………. habisla.. dah la bayar DOMAIN dan HOSTING, pasni GST pulak……..huhuhuhuhu

Err…….. macam mana derang nak kira GST melalui blog yek? dia kira dari mana? nak tau gak??hehehe

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge