Siri Breadwinners di Nickelodeon

Yeahhhhhhhhh!!! cuti sekolah sudah bermula…

Selalu cuti sekolah, benda yang anak-anak suka adalah menonton kartun. Jadi sepanjang cuti sekolah ni.. anak-anak boleh la menonton siri animasi yang terbaru di Nickelodeon.

Breadwinners Pic 4 (Credit - Nickelodeon)

Satu siri terbaru yang menceritakan mengenai dua ekor itik yang berkerja sebagai penghantar roti dengan jet Rocket Van mereka.

20 siri episod ini dihasilkan oleh Nickelodeon Animation Studios, dengan tayangan perdana pada Jumaat 28 Nov, 6:40PM (MY) yang menceritakan perjalanan dua sahabat, SwaySway dan Buhdeuce yang menghantar roti dimana-mana sahaja.

Dua sahabat ini tinggal bersama, ketawa bersama dan mengharungi pelbagai rintangan bersama. Selepas tayangan perdana tersebut, siri Breadwinners ini akan diteruskan pada 6 Dis, 09:25AM (MY) setiap hujung minggu di Nickelodeon.

Breadwinners Pic 3 (Credit - Nickelodeon)

 

Sepanjang siri ini, SwaySway, si pemimpin yang optimis, dan Buhdeuce pembantu yang setia melalui pengembaraan yang menyeronokkan bersama-sama.

Daripada termakan sebuku Stank Bread sehinggalah tersesat di lombong roti, tiada yang dapat menghalang mereka dalam percubaan yang menyeronokkan untuk memecahkan rekod penghantaran roti paling banyak dalam satu hari.

 

Breadwinners Pic 2 (Credit - Nickelodeon)

 

Untuk tayangan perdana yang bertajuk “Thug Loaf,” SwaySway dan Buhdeuce dengan tidak sengajanya tertinggal kunci di dalam Rocket Van mereka semasa menghantar roti di kawasan berbahaya di Duck Tow. Oleh itu mereka terpaksa berkawan dengan sekumpulan Biker Ducks untuk mendapatkan pertolongan.

Seterusnya dalam episode “Mine All Mine,” SwaySway dan Buhdeuce bertemu dengan seorang Bread Maker yang disegani ramai.

 

Breadwinners Pic 1 (Credit - Nickelodeon)

 

Penonton boleh melayari Nick-Asia.com untuk mengakses foto, video dan mengenali watak-watak Breadwinners. Peminat boleh belajar untuk menjadi Breadwinners dengan 10 siri mini permainan, Big Bread Booty Bash. Pemain harus menyelesaikan hari bekerja sebagai SwaySway dan Buhdeuce mana mereka melombong roti, menaiki kereta, mengharungi bebarapa rintangan.

Jangan lupa saksikan siri Breadwinners ini bermula pada 6 Dis, 09:25AM (MY) setiap hujung minggu di Nickelodeon. Pasti menyeronokkan dengan karakter yang hebat serta latar belakang muzik yang akan membuatkan kanak-kanak ketawa dan seronok dengan setiap episod sepanjang cuti sekolah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply