Samarinda Ramadan – Hidayahmu Ramadan

Ok.. dah masuk Ramadan ke 2 dah ni.. tapi cerita Hidayahmu Ramadan dah bermula pada 4 June yang lepas.. ini bermakna dah masuk 4 episod…

Seperti tahun-tahun sudah… mesti ada cerita sempena Ramadan… kalau di ikutkan.. setiap samarinda ramadan ni semua yang ikut.. kalau tak sempat tengok waktu tu.. saya layan balik kat mana-mana website yang uplod…

 

 Tajuk: HidayahMu Ramadan

Channel : TV3
Slot : Samarinda
Mula Tayangan : 4 Jun 2015
Masa: [Selasa – Khamis, 10 mlm]
Jumlah Episode : 17

Lagu Tema : Ippo Hafiz – Hidayahmu, Nazmi Irfan – Kau Yang Satu

Barisan Pelakon : Zara Zya, Aeril Zafril, Reen Rahim, Nazrief Nazri, Roy Azman, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin, Mustaqim Bahadon, Aleza Shadan, Aman Nassim, Zahirah Macwilson

Sinopsis HidayahMu Ramadan TV3

Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin.

Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah.

Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.

 

************************

Hari tu sempat tengok sekejap Episod 1.. tapi tak larat dah mata.. terus tidur… hahahaha

Jadi nampaknya kene tengok balik episod yang terlepas ni… harap2 kali ni pun menyentuh perasaan.. kalau ikutkan yang lepas2… sendu sedan gak la menonton…hahahaha

Selamat menonton #hidayahmuramadan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply