Selamat Hari Jadi Huzaiman yang ke 4!

29.07.2015 – Rabu

13 Syawal 1436H

Eh..eh..sedar tak sedar dah 4 tahun rupa-rupanya anak bongsu saya ni……… cepaaaaattttt sungguh masa berlalu…

Ni gambardi ambil pada July 2013 – 2 tahun

Ni pula gambar pula di ambil pada July 2014 – 3 tahun

Ni pula gambar pula di ambil pada bulan ini.. kan bulan raya…hehehe.. jadi kini dah 4 tahun…

Ishkkkkk.. macam-macam perangai la dia kuar.. pandai dah minta nak main PSP ngan abang-abang nya.. ikut mood abang-abang nya la juga.. kalau dia rajin dia bagi.. kalau tak nanges la kuat-kuat.. tak layan dek abang-abangnya..

Sekarang ni.. kalau ibunya pegang baby.. mula la dia datang kendeng-kendeng kat kita.. tak kasi pegang baby tu.. macam-macam la aksinya nanti…

Tapi kalau dia tido.. rasa lega sikit.. sebab aman..tapi tak leh juga lelama.. mesti nak kejutkan dia.. sebab sunyi pula dia bila tidoooooo…

Kalau saya tak sihat.. MC ker, cuti ker.. Huzaiman memang tak akan g TASKA la.. sebab takut saya sunyi kat umah.. dia la penghibur di kala sunyi…

Ishkkkkk.. tahun depan dah masuk TADIKA.. cepat sungguh masa berlalu.. pas 2 tahun darjah 1.. erkkk.. makin lama dah makin besar…

Apa-apa pun semoga Huzaiman semakin membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup…

Selamat Hari Jadi Huzaiman

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge