SK Jalan Empat kini menjadi Sekolah Kluster

Tahun 2015, SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dinaiktaraf menjadi Sekolah Kluster. Saya perasan signboard sekolah ini berubah dalam penghujung bulan June tu hari….

Saya ingat tukar signboard kaler jer.. rupa tukar nama sekali la…heheheh

Saya pun terus la google nak tahu makna Sekolah Kluster Kecemerlangan tu apa

Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. 

Jadi secara tak langsung… waahhhhhh.. kagum la kan.. sebab sekolah anak saya dah dinaiktaraf menjadi sekolah kluster…hehehe

Sebab bila dah kluster, jika kecemeralangan berterusan.. boleh di naiktaraf menjadi sekolah berprestasi tinggi pula… jadi kalau dah jadi sekolah SBT… emmm.. peluang nak masuk situ memang susah la sikit kan..huhuhu

Kini anak saya no 3 menghadapi masalah tersebut.. bagi tahun 2016, Zulfadhli telah di daftarkan ke Sekolah Kebangsaan Leftandan Adnan di Sg Ramal Luar… mmg terpisah dengan abang-abang nya la…

Saya sedang berusaha untuk membuat rayuan untuk bersekolah di SKJ4 ni.. kerana faktor perjalan dari rumah ke SK Leftandan Adnan agak jauh dari rumah saya.. entah la apa la nasib anak saya yang ke 4 nanti…huhuhu… entah dapat ker tidak lagi sekolah kat situ… waaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply