Kisah J E R E B U

Entah la kenapa… sebenarnya banyak cerita saya nak tulis tau… kisah pergi ke Melaka bersama pejabat… kisah ke sunway lagoon bersama anak-anak, kisah makan sana sini.. kisah beli itu ini… tapi entah la…

Sejak J E R E B U ni.. banyak kisah tertangguh… hahaha seperti kisah jerebu gak la….

Cuba bayangkan … sepatutnya minggu ini anak-anak selesai menghadapi peperiksaan di Sekolah Rendah.. dan minggu depan akan menghadapi peperiksaan Sekolah Agama sahaja… tapi di sebabkan JEREBU la.. peperiksaan tertangguh… di bawa pula ke minggu depan.. maka minggu depan anak-anak akan menghadapi peperiksaan dari pagi sampai la petang………

Itu pasal peperiksaan pula.. ini sebab perancangan juga.. sepatutnya minggu depan myIR akan menghadiri Konvokesyen di UUM, Sintok.. tapi sekarang ni.. minggu depan peperiksaan akhir tahun sekolah anak-anak pula…. dah la 3 hari perginya agak lama kan… Maka dengna itu si ibu susah hati sama ada nak pergi menemankan ayahnya atau tak untuk memberi laluan anak-anak menjawab peperiksaan….

Bila minggu ni tertangguh ke minggu depan.. banyak benda-benda lain bersangkut paut.. mujur pergi ke Kedah naik kereta… kalau buatnya booking tiket kapal terbang kan.. haaaaaaa…. pastu minggu depan tetiba JEREBU balik menyerang… kapal terbang tak leh lak meneruskan penerbangan.. jadi makin bertambah2 la kerugian dari segi masa dan kewangan… bertambah pula kos lagi kan…

Entahla… dengan cuaca yang teruk di luar.. secara tak langsung penyakit pun datang menyerang…. saya baru sahaja bercuti skait gara-gara selsema teruk dan batuk sekali… air bergellen-gellen minum dah.. tapi kalau cuaca tak elok pun susah juga nak sembuh kan…

Harap-harap adalah penyelesaian untuk menangani JEREBU yang kian melanda ke Malaysia ni… kalau di ikutkan .. dah macam pesta JEREBU lak setiap tahun kali gini gayannya……..

Sekian cerita kali ini tanpa gambar………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply