Pandelela dicalonkan dalam Anugerah Nickelodeon Kid’s Choice 2016

Siapa tak kenal Pandelela ?

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang berusia 23 tahun, akan bersaing dengan tiga atlet negara Asean yang lain tahun ini untuk merebut Anugerah Nickelodeon Kid’s Choice.

Pandelele Rinong yang dicalonkan dibawah kategori Bintang Sukan Pilihan Asean turut dicabar Irfan Fandi dari Singapura, Kim Kurniawan (Indonesia) dan Jeron Teng (Filipina).

Anak muda kelahiran Sarawak itu merupakan atlet pertama Malaysia yang melayakkan diri ke Olimpik Rio de Janeiro Brazil dan mewakili negara dalam acara terjun individu.

Beliau juga merupakan atlet wanita pertama memenangi pingat Olimpik selepas menamatkan saingan platform 10 meter individu di tempat ketiga pada Sukan Olimpik, London 2012.

Jadi apa salahnya kita membantu beliau untuk menang dalam merebut Anugerah Nickelodeon Kid’s Choice ini…

Pemenang akan ditentukan menerusi undian secara dalam talian yang boleh dilakukan lebih daripada sekali di laman web kca.nick-asia.com/vote.

Ohw ya… jangan lupa untuk menonton Astro Nickelodeon Channel 612 sempena 2016 Kids’ Choice Awards pada 14th March jam 11.30 pagi tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply