Cara asingkan duit menggunakan Maybank2u

Mesti kebanyakkan semua berniaga kecil-kecilan… yerla.. macam jual barang dapat komisen RM5, RM10, RM15… walaupun sikit tetap duitkan…

Ada cara bila dapat duit asingkan terus keakaun lain tapi menggunakan Maybank2u…. kalau pegang cash memang cepat surutla kan…hahaha

Saya selalu perasan ramai lak share kat FB.. apa kata saya blogkan aja.. at least saya pun leh buka akaun tu secara tak langsungkan?

Memula…..

Mestila ada akaun maybak2u.. kalau tak ada g ler buat weiii…

Dah masuk… nanti kat paparan pilih APPLY ONLINe tau…

ala.. klik jer pun.. kan susah…

Kemudian keluar paparan seperti kat atas ni…

Pilih M2U SAVERS-I tau… sebab kalau yang tak der I tu kene ker kaunter Maybank tuk apply….hehehe

Pastu kuar form ni…

Isi jer… tak susah pun nak isi…

Pada jumlah AMOUNT tu… saya isi RM10.00 aja… dalam FB tu ramai kata minimum RM100.00 tapi boleh jer buka dengan RM10.00 ja… hahahaha

Taraaaaaaaaa…. dah siap wei!! tak sampai 5 minit jer kot…

Senang nak mampus koooo….

Tak boleh view lagi akaun kedua tu…

Korang kene log out dulu tau… pastu log in balik…

Haaa……… nampak tak? kan dah ada 2 akaun…

Sapa rajin meh ler transfer sebarang 2 ke akaun saya ni…hahaha

Jangan risau.. duit tu boleh keluarkan juga jika di ATM.. paparan kat skrin akan ada 2 akaun juga.. kene pilih akaun mana nak kuar… malah nak transfer duit ke tempat lain pun boleh…

Sekian sahaja cara-cara nak buka akaun Maybank2 ke 2…..hehehe

**************************

Info mengenai Maybank Saver-i :

  • Deposit minimum ialah RM250.00 dan akan diketepikan pada setiap masa, iaitu pelanggan tidak dibenarkan membuat pengeluaran/mendebit daripada Maybank2u Savers-i jika baki dalam akaun kurang daripada atau berjumlah RM250.00.
  • Pelanggan yang mempunyai akaun semasa (CA), akaun simpanan (SA) atau Akaun Pelaburan Mudarabah yang menggunakan Maybank2u.com boleh membuat deposit pertama ke Maybank2u Savers-i daripada mana-mana CASA atau Akaun Pelaburan Mudarabah mereka yang sedia ada.
  • Bagi pelanggan yang tidak mempunyai CASA atau Akaun Pelaburan Mudarabah yang menggunakanMaybank2u.com, mereka boleh membuat deposit pertama ke Maybank2u Savers-i melalui Mesin Deposit Cek (CQM), Mesin Deposit Tunai (CDM) atau MEPS GIRO Antara Bank (IBG) daripada Bank lain sebaik sahaja mereka memperolehi nombor akaun Maybank2u Savers-i.

Catatan : Akaun akan ditutup secara automatik selepas 14 hari dari tarikh pembukaan akaun jika baki kekal sifar.

Penutupan AKAUN

Pelanggan boleh memohon untuk menutup akaun melalui Maybank2u.com.

Terdapat tiga (3)kaedah pemindahan baki untuk penutupan akaun, iaitu pemindahan ke akaun sendiri, pemindahan ke akaun pihak ketiga, atau IBG.

Jika pelanggan memilih pemindahan ke akaun sendiri sebagai kaedah pemindahan baki penutupan akaun, kelayakan dividen dan caj perkhidmatan (jika ada) akan dihitung dan Akaun akan ditutup secara dalam talian. Sebaliknya, jika pelanggan telah memilih pemindahan pihak ketiga atau IBG sebagai kaedah pemindahan baki penutupan akaun, penutupan akan diuruskan dalam tempoh 3 hari bekerja dan pelanggan akan dimaklumkan tentang status penutupan akaun (berjaya atau gagal) melalui SMS.

Catatan : Caj perkhidmatan sebanyak RM20.00 akan dikenakan jika akaun ditutup dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pengaktifan akaun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

  1. Mohd Adha Mohd Zain says:

    Salam. Tahniah di atas perkongsian yang bermanfaat. Jika perlukan bantuan sebagai introducer Current Account Maybank atau CIMB Bank boleh whatsapp saya 013-9790000. Saya boleh jadi introducer untuk mana-mana cawangan.

  2. nurul says:

    salam.. hariu sy ada buat my saver i. letak dalam puluh2 mcmtu. ad 5akaun smpanan my saver i sh buat. tapi bila buat alihkan ke pihak ketiga @ akaun sendri xboleh. slrg akaun tu terus unvailable. adakah duit su hilang terus dalam tu?? tq

Leave a Reply