Menginap di Legoland Hotel Resort, Johor Bahru

haip..haip.. jangan wat spekulasi dulu… ni nak bagi tau.. ni cerita Tahun 2015 wei… hahahahah. Punya la lama nak update.. tak terupdate.. pastu baru teringat nak update.. tak buat juga..

Tak boleh jadi.. kene buat juga.. sebab kenangan kan.. nanti nak compare harga ker.. nak compare suasana ker.. senang la kan ..rujuk jer dalam blog..hahaha

Ok.. mana yang terlepas citer ke Johor Bahru tu.. nah tempek sikit link..hahaha

Jika ingin kan hotel berdekatan di Johor Bahru.. boleh la cari di HotelCombined disitu ada pelbagai jenis hotel beserta dengan harga yang berpatutan…

Selepas bertolak dari Hotel Selesa tu.. kami bergerak ke Legoland.. anak-anak dah excited wei..hahahaha

Ishk.. mana lak gambar ..hari tu dah edit.. tak pepasal kene edit lagi sekali…hahahah

Masa bagi tau anak-anak nak ke legoland.. kemain semua suka…

Setiap sign borad saya suh cari perkataan legoland tu.. hahaha.. ada jer legoland semua jerit kegembiraan….

Tengokla.. masing-masing

Tak reti duduk diam la.. melompat2.. mujur kete luas.. kalau tak.. hai. bergaduh jer memanjang…hehehe

Wah.. dah nampak dah hotel Legoland wei…

Warna warni sungguh.. lawa kan?

Alhamdulilah… sampai juga kami sekeluarga kat Legoland ni.. selalu baca jer blog orang.. pastu dengar jer cerita kengkawan kan…hehehe

Kali ni sendiri mengalami pengalaman bermalam di Legoland… walaupun 2 hari 1 malam pun.. syukur la kan.. merasa la juga…

Sampai jer pintu masuk Legoland.. emmm.. memang penuh dengan lego la kan?

Penuh weiii… sana sini merata-rata la… anak-anak mula la x tentu arah.. hahaha.. terutama si Huzaiman.. semua dia usik.. sana sini

check in pukul 4 ptg tau…. jadi bila kami sampai awal.. kami letak beg dahulu.. kemudian ke taman tema sampai kul 4 ptg.. baru masuk bilik…

Naik lift nya memang happening…. macam disko..

ada lampu kelip-kelip.. pastu lagu rancak.. setiap lift lain lagunya… anak-anak la suka…

Masuk bilik masing-masing dah ke katil…

Katil double decker.. tapi bawhanya ada 1 lagi katil jadi boleh la tuk 3 org.. ala.. Huzaiman kecik.. boleh tidur kongsi-kongsi ngan abang nya…

Kemain.. tv depan katil…

buka kartun jerla sepanjang berada dalam bilik…

Ni katil di bilik utama…

Saya pilih bilik tema Lanun…hahaha

anak-anak lelaki.. kene la cari yang ala-ala ganas kan? takkan la bilik princess lak..hahaha eh..tapi sebenarnya x ada tau princess..hahaha

Bilik ni di pisahkan dengan pintu sliding….

Jadi ada la privasi.. kemudian tv ada 2 .. satu depan katil anak-anak.. 1 lagi tergantung tepi ni…

Gini jer rupa bilik airnya

tak de la bathtub ok… pakai shower jer… boleh la.. sebab datang nak g taman tema.. bukan duk dalam bilik…hehehe

Yang comelnya.. ada 2 sinki ko…

1 dewasa.. 1 lg tuk kanak-kanak….

Siap ada cawan dan alatan bilik mandi.. semua ada cop legoland…suka la anak-anak

Ada 4 helai baju..

2 dewasa 2 kanak-kanak….. anak 4 org.. emm.. berebut2  la..

sudahnya bagi jer pada adik2 nya..hahaha

Sedap rupanya kukis kat legoland ni..

Ada dijual kat kafe bawah.. boleh beli kalu nak tambah lagi tau…

Ni adalah peti karun… haaaa… jangan tak tahu… dalam tu ada harta karun…hehehe

Harta karun nya legoland la.. ala.. kecik jer… anak2 kene selesaikan kua nya baru leh dapat jawapan dan kunci kombinasi tuk buka…

Ikutkan macam nak dapat.. tapi x leh buka.. ggrrr.. pastu suh Danial g kat kaunter khidmat pelanggan minta bukakan…kah3

 

 

Bila dah bermalam situ.. dapat percuma sarapan pagi tuk 5 orang tau…

Lawa giler tempat makan nya.. semua ada lego yang besar2 tu…  makanan pula memang sangat banyakkkkk…. sampai tak terpilih….

Datang awal.. maka leh lepak lelama sikit… sampai kul 10 pagi la…hehehe

Sebenarnya… nak bermalam di Legoland Hotel ni memang mahal… mujur ada Matta Fair masa tu…

Saya ambik pakej RM 1,390.00 untuk 5 orang.. (2 dewasa + 3 kanak-kanak). Harga pakej ni termasuk tiket untuk 2 hari untuk taman air dan taman tema serta sarapan pagi untuk keesokan harinya….

Di sebabkan anak saya 4 orang.. makan saya kene tambah 1 lagi tiket untuk 2 hari

Maka saya ambik 2 hari kombo tiket berharga RM 155.00

Jumlah keseluruhan nya adalah RM 1,545.00 untuk 2 dewasa + 4 kanak-kanak. Kira ok la kan.. masih bawah RM2,000.00 kan… dan masih murah..

Jadi pada mereka yang ingin menginap di Legoland Hotel, boleh la tunggu masa promosi Matta Fari .. memang amat berbaloi…

Bagi Tahun 2016 harga RM 1,690.00

Beza sikit la.. mungkin 2017 naik lagi ker? mana tau kan…hehehe

untuk 2 hari kombo RM 180.00 untuk kanak-kanak… emm.. naik gak.. dalam RM25.00 kan… boleh tahan gak harga nya…

Tapi bila dah total untuk pakej hotel + 1 tiket kanak2 masih RM1,870.00 … bawah RM2,000.00 lagi..hehehe

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi dan pakej di Legoland, boleh la layari laman web Legoland

Jadi rajinla merancang…supaya berbaloi dan menjimatkan…hehehe

Tapi kalau nak cari hotel lain.. boleh try cari di HotelCombined banyak pilihan yang akan di senaraikan dan dapat jimat banyak di situ…

Atau korang boleh jer guna apps tu jer.. download di google play di sini

Ok nanti kita sambung kisah di Taman Tema dan Taman Tema Air Legoland lak…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply