Penutupan akaun TAWAS di AmBank

Bulan lepas saya ada terima SMS dari TAWAS

Selalunya.. lepas terima SMS ni.. saya abaikan.. sebab sebenarnya tak berapa paham isinya… ingatkan pasal saya dah tak layak terima manfaat khairat kematian untuk pemegang akaun tawas tu…

SMS ni ringkas sangat kan…hehehe.. jadi bila baca ulang-ulang.. ooo baru faham.. saya kene g AMBANK untuk penutupan akaun di situ…kalau tak pergi tutup.. kira saya tak layak la terima apa-apa manfaat untuk Khairat Kematian anak saya… (jika berlaku kematian sahaja)

Saya pun masuk la laman web TAWAS jap

 

Pada ibubapa ahli TAWAS yang telah mengambil Sijil Simpanan Tetap TAWAS-AmBank (SST TAWAS-AmBank) disarankan untuk membuat penutupan akaun tersebut selewat-lewatnya sebelum 5hb JUN 2016 bagi melayakkan ahli mendapat manfaat Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00.

Ini kerana,bermula Mac 2014 YAWAS telah menggantikan SST TAWAS-AmBank bernilai RM 100.00 kepada Penyata Simpanan TAWAS bernilai RM1,500.00.

Pemegang amanah perlu hadir ke cawangan ambank seperti yang dinyatakan dengan membawa Kad Pengenalan,Sijil Lahir anak yang asal serta SST TAWAS-AmBank.

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan penutupan akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS-AmBank,sila hubungi talian 03-54818811/8814/8818/8830/8824/8832/8833.

**Adalah diingatkan hanya pemegang amanah sahaja yang berhak untuk membuat penutupan akaun tersebut.

*************************

Jadi saya pun buat semakan dahulu…

>> http://www.tawas.org.my/desc_ambank.php <<

Ok.. nama anak saya ada… jadi memang kene g tutup akaun la ni..hahaha

Saya pun pergi la ke AMBANK Bandar Baru Bangi….

 

Ok… settle dah tutp akaun anak…

Jadi pada yang belum tu.. cepat-cepat.. sebab TAWAS telah lanjutkan sehingga 5 Jun 2016. Minggu depan jer las.. pastu dah tak leh tutup dah tuntut lagi..  nanti siapa rugi? kita juga rugi…hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge