Menerokai Little Kingdom di Maju Junction Mall

Cuti sekolah yang lalu… syaa berkesempatan membawa anak-anak ke Little Kingdom di Maju Junction Mall KL..

Tak pernah pun dengar tempat ni… rupanya baru di buka.. betul2 atas Parkson Mall di tingkat 3…

Kalau naik escalator dari parkson akan nampak signboard ni….

Terpampang besar ko…..

Kalau dari parking tingkat 3 atau pun naik lift…

Akan terus nampak pintu masuknya,.,….hehehe…

Anak-anak dah tak sabar nak masuk…

Tapi sebelum tu kene la pakai wristband …. hanya yang ada wristband aja boleh masuk… sebab kita kene scan setiap kali kuar masuk…

Nah… harga untuk kemasukan ke taman tema ni…

Sekarang ada promosi 50% sempena promosi pembukaan pada 9 Mei 2016 yang lalu…

Jadi sementara ada promosi… cepat-cepat la pergi…

Anak-anak dah tak sabar nak masuk….

Selamat datang ke Little Kingdom anak-anak!

Pintu masuk jer pun dah menarik…..

Bukan kata anak-anak jer teruja.. saya sebagai ibubapa pun teruja ko…hahaha

 

 

Masuk-masuk jer dah nampak teruja….

Dekorasinya macam ala-ala kat oversea… cantik walaupun hanya dinding sahaja…hahahaa

Semua tempat anak-anak nak bergambar…..

Ala.. comel jer pintu masuk kedai ni…. ngam-ngam tuk anak-anak

Tapi kalau makpak masuk, kene la tunduk sikit… hahahaha

Rupanya ada kedai roti aiskrim dalam ni…..

Anak-anak pantang nampak makanan.. mesti nak cuba….

Tengok la… ada pelbagai perisa aiskrim…

Ni bukan aiskrim saja-saja tuk makan.. ia di isi dengan roti sekali tau…. sedap sungguh roti nya…

Roti nya manis.. lembut dan sedap… bila di makan pula dengna aiskrim.. perghhh… memang terbaik la…..

Setiap sorang dapat rasa…. terasa-rasa pula macam nak makan lagi… tak per.. nanti boleh repeat lagi…

Ini pula pentas.. dimana ada pertunjukkan silap mata, pertunjukkan menyanyi dari team Little Kingdom untuk menghiburkan pengunjung…

 

 

Ada waktu-waktu tertentu… jadi jika tak nak ketinggalan setiap persembahan nya… kene sentiasa dgr pengumuman dr mereka dari masa ke semasa

Mana tahu boleh lihat persembahan mereka.. memang seronok dan mengasyikkan….

 

 

 

 

Pelbagai permainan dalam ni….

Sesuai tuk kanak-kanak bawah 12 tahun …. tapi kalau anak2 bawah 18 tahun ada juga tempat2 yang mereka sesuai pergi…hehehe

Rasa tak tahu nak pergi mana…

Boleh la tengok peta dahulu.. boleh la decide nak kemana dahulu kan…

Rupanya tempat ni 2 tingkat tau….

 

 

 

Ni mainan yang kebanyaakkan di tingkat atas…

Lebih kepada pembelajaran dalam bilik sikit…. ada tempat gym tuk kanak-kanak, ada tempat bercerita .. eh banyak la…

 

Sempat la anak-anak masuk kelas memasak…

Ala.. bukan masak apa.. belajar cara-cara wat bento makanan…

Menggunakan roti dan di letakkan pelbagai sayur2 dan juga sos…

Bersama Chef-chef yang mengajar mereka…

Seronok la… terutama Huzaiman.. sebab lepas tu dia makan tau… kalau abang-abang nya.. emm.. memang tak makan la…hahahaah

 

 

Ohw ya… ada 1 bilik khas…

Di mana kalau inginkan tempat yang private… nak buat jamuan hari jadi ker, nak buat perjumpaan ker… atau apa2 aktiviti.. boleh la tempah..

Tempat ni boleh muat 100 org dalam 1 masa… dalam nya ada juga tempat mainan… jadi sambil makpak makan ker, berborak ker.. anak2 leka main kan..

Pakej nya pula bermula dari RM1,800.00 termasuk tiket percuma ke them park tau….

Rupanya da tempat main pasir…

Seronok la anak-anak bila dapat main….

 

 

Banyak kan mainan nya…

Walaupun nampak kecik tempatnya.. tapi memang boleh leka anak-anak masuk sini…

Saya biarkan mereka dalam ni.. sambil tu saya keluar jalan-jalan ke Parkson… tempat ni selamat.. kanak-kanak tidak dibenarkan keluar tanpa iringan ibubapa…

Jadi.. jangan risau kalau tinggalkan mereka di sini… memang akan leka sampai tak sedar pun kita tiada di sekeliling mereka…hehehe

Jadi pada yang ingin mencuba ke Little Kingdom ni.. boleh la datang ke :

Parkson Maju Junction,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
No tel : 0326020790
Waktu operasi : 11.00 pagi – 9.00 malam
Facebokk : Little Kingdom

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge