Hari pemulangan buku teks Tahun 6

Semalam hari pemulangan buku teks SK Jalan Empat… sekolah anak saya. Tapi di sebabkan tahun 2016 adalah tahun terakhir dia.. jadi special sikit la… mestila ada entry untuknya..hahaha

Nanti Iskandar tahun 6 saya wat gitu juga la.. maklum la.. geng seluar biru untuk Danial bakal berakhir pada 26 November 2016 ni kan…hahahaha

 

Tu dia.. masing-masing tengah susun buku teks… untuk makluman anak saya adalah kumpulan pertama bagi KSSR sebelum ni KBSR….

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

  • Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  • Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Jadi dari Tahun 1 (2010) hingga la Tahun 6 (2016) anak saya adalah pemilik PERTAMA bagi BUKU TEKS KSSR… jadi setiap kali dapat buku teks ni memang dapat BARU la kan…

Semua saya balut cantik-cantik dan kemas supaya anak-anak seterusnya dapat menggunakan nya… tapi sampai kat kumpulan Zulfadhli di mana sudah 5 tahun berlalu.. emm.. memang buku smeua dapat macam belacan la…

Ada yang terkoyak.. terburai..hancur.. dan rosak… huhuhu.. Tak tahu la zaman Huzaiman macam mana nanti… tak terfikir pula nak beli buku teks sendiri.. kalau tau beli je kan.. sekurang-kurang nya buku sendiri beli memang leh jaga sebab hanya adik beradik jer kan pakai..hehehe

Ok la.. lupakan sekejap pasal KSSR ni.. sebab dengar kata tahun 2017 akan di mansuhkan pula UPSR ni… emmm… tengok jerla nanti..hahaha

Terima kasih kepada Cikgu Ronizan guru kelas anak saya..

Rajin post gambar anak-anak..hehehe.. kenangan ni.. tu yang nak di abadikan kat blog.. mana tahu esok2 dia besar.. leh google sendiri jerla blog ibu nya…

Ishk.. lagi  2 minggu jer sesi persekolahan 2016 bakal berakhir… tak sabar nak tengok Danial jadi geng seluar hijau lak…hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply