Keputusan UPSR 2016

Semalam 17.11.2016 adalah keputusan UPSR bagi tahun 2016…..

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A.

Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu.

Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C). Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E.

Gred Purata Nasional ialah 2.96.

***********************************************

Alhamdulilah… semalam keputusan UPSR telah pun keluar.. setelah berdebar-debar berminggu-minggu terjawab sudah keputusan nya…

Alhamdulilah juga, anak saya Danial berjaya mendapat keputusan yang BAIK… jadi tak GAGAL ok… yang penting dia dah usaha sebaik mungkin….

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pencapaian calon UPSR 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu.

“Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.

“Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213793 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge