[RESEPI] Kepak ayam panggang bermadu

Hari tu kat timeline FB kuar pula pasal resepi kepak ayam panggan bermadu ni…

Nampak macam sedap… lagi pun anak-anak saya ni bila bab makan ni ada yang cerewet sikit.. terutama Iskandar… dia suka la kalau ayam ni panggang2 ker… bakar2 ker… masak yang kurang kuah sikit ker…

Jadi… dah tak tahu nak masak apa hari tu.. beli la bahan-bahan nak masak.. meh kita tengok resepinya dan cara masak…

RESEPI KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU

10 ketul ayam kepak, ni pun beli kat Giant jer.. ha ko.. RM 13.60 ko… tapi sebab nak makan beli la.. murah apa.. ni kalau kat luar .. 2 ketul kepak ayam dh siap masak jer RM4 kan? So…potong 2 dapat 20 ketul.. jadi la banyak..hahaha

Basuh bersih-bersih… pastu ko garam kan mcm biasa..hehehe

Pastu rebus air… bubuh lada hitam ngan garam… tp dah di garamkan tadi.. tak yah la buh lagi kot… tapi kalau nak tambah boleh aja kan….

Rebus sampai ayam masak sikit.. tak yah sepenuh nya.. sebab kita nak grill dalam oven jer

Angkat… pastu toskan kuah nya… kemudian masukkan dalam mangkuk untuk perasakan ayam ni…

Letakla bahan-bahan seperti berikut :

  • 6 ulas bawang putih + 1 ketul halia sebesar ibu jari dan di tumbuk halus..
  • 3 sudu makan madu
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 susu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 6 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan serbuk cili
satukan semua dalam mangkuk tersebut.. biarkan seketika…

Curah semua ayam dalam kuali leper atau pemanggang ajaib pun boleh….Saya campurkan kentang dan lobak merah sekali…

Sedap rasnaya bila masak sekali… sbb kita nak panggang kan

Masak sampai kuahnya kering sikit.. jadi pekat… tapi saya tak masak sampai pekat.. sbb anak-anak dah lapar…so masak cepat.. kalau pekat mesti lagi sedap kot

Dah kering kuahnya.. angkat buh dalam dulang .. lapik kan kertas minyak.. nak elak melekat…

Panggang dalam 190’c selama 20 minit.. tp setiap 10 minit jangan lupa terbalikkan… nak bakar lagi pas tu sukahati la.. mana tahu x berapa garing ker kan..

Tadaaa………. dah siap!!

Makan ngan nasi putih.. sayur campur memang licin la dan bertambah2 la nasi….

Amacam? senang tak? apa lagi.. boleh la cuba hujung minggu ni….memang sedappppppppppppp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge